Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan pertemuan tidak rasmi di Pulau Bali, Indonesia hari Isnin. Kedua-dua pihak bersetuju bagi mempertingkat lagi hubungan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara, dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, anti-keganasan dan ekonomi.
Kedua-dua pihak juga memutuskan untuk memulakan siri rundingan perjanjian kerjasama pertahanan yang melibatkan bukan sahaja bidang ketenteraan malah soal menangani pengganasan.
Dalam pertemuan itu, pemimpin-pemimpin kedua-dua negara juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang industri pelancongan, soal menangani wabak selesema burung dan lain-lain. Di samping itu, mereka juga bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu dua hala dan serantau untuk kepentingan bersama.
|