Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-05 16:17:59    
Rancangan Jaminan Keselamatan Makanan Sukan Olimpik Beijing 2008 Dimulakan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, untuk menjamin keselamatan pembekalan makanan dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008, Beijing khusus menetapkan Program Tindakan Keselamatan Makanan dan telah dimulakan secara menyeluruh pada masa ini.

Dimaklumkan, berdasarkan program tersebut, Beijing akan membentuk Sistem Standard Keselamatan Makanan Sukan Olimpik.

Selain itu, Beijing juga akan menubuhkan pangkalan tetap pembekalan makanan Sukan Olimpik, mengadakan pemeriksaan terhadap pengeluaran pangkalan tersebut berdasarkan standard keselamatan makanan Sukan Olimpik. Beijing juga akan menetapkan beberapa syarikat khusus menyediakan makanan untuk Sukan Olimpik, menubuhkan pusat pengedaran barangan dan pengangkutan makanan Sukan Olimpik, makanan Sukan Olimpik akan diangkut dengan kereta khas.