Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-06 14:42:31    
Perkembangan Sosioekonomi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China Capai Kejayaan

Agensi Berita Xinhua China

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Parti Komunis China encik Wang Lequan dalam majlis taklimat yang diadakan baru-baru ini menyatakan, dalam tempoh 50 tahun lalu, perkembangan sosioekonomi telah mencapai kejayaan ketara di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Pada masa ini, ekonominya berkembang maju, masyarakat stabil, pelbagai etnik bersatu padu, rakyat hidup dengan aman sentosa di wilayah itu.

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terletak di bahagian barat laut China, keluasannya berjumlah 1.66 kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih 19 juta orang. Terdapat lebih 40 etnik menetap di Xinjiang, penduduk pelbagai etnik menduduki lebih 60% jumlah keseluruhan penduduk di wilayah itu. Xinjiang berjiran dengan lapan negara, garisan sempadannya panjang. Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang kaya dengan sumber pertanian, hutan dan bahan galian dan lokasinya amat penting dan strategik.

Menurut maklumat encik Wang Lequan, atas bantuan kerajaan pusat, perkembangan sosioekonomi telah mencapai kejayaan sejak Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ditubuhkan pada tahun 1955. Beliau berkata,

"Sejak Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ditubuhkan, khususnya sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, perkembangan sosioekonomi telah mencapai kejayaan, pelbagai usaha dalam bidang sains, teknologi, pendidikan, kebudayaan, kesihatan dan sukan telah mencapai kemajuan. Pada masa ini, ekonomi berkembang maju, masyarakat stabil, pelbagai etnik bersatu padu, rakyat hidup dengan aman sentosa di Xinjiang."

Menurut beliau, dalam tempoh 50 tahun lalu, rakyat pelbagai etnik di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang berusaha membangunkan kampung halaman sendiri, taraf hidup rakyat berjaya meningkat dengan pesat. Pada tahun 2004, Keluaran Dalam Negara Kasar di wilayah itu berjumlah lebih 220 bilion Yuan RMB, meningkat 42 kali ganda berbanding tahun 1955. Jumlah KDNK perkapita penduduk di wilayah itu melebihi 11 ribu Yuan RMB, lebih tinggi daripada taraf purata seluruh China. Pertanian di Xinjiang berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, buah-buahan, daging lembu dan kambing yang dikeluarkan di wilayah itu berkualiti tinggi. Xinjiang juga merupakan pangkalan pengeluaran kapas yang terbesar, pangkalan minyak dan industri petrokimia yang penting di kawasan bahagian barat di China. Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, kerajaan China memperuntukkan 800 bilion Yuan RMB untuk membangunkan kemudahan infrastruktur antaranya tali air, komunikasi dan sumber tenaga di Xinjiang. Selain itu, Xinjiang juga bekerjasama dengan lebih 100 negara dan kawasan dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi, taraf hidup rakyat di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang meningkat dengan ketara. Khususnya dalam tempoh lebih 20 tahun sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan, taraf hidup dan kebudayaan rakyat Xinjiang meningkat dengan amat pesat. Disebabkan kemudahan perubatan telah disempurnakan, taraf kesihatan penduduk pelbagai etnik terus meningkat. Berdasarkan statistik, jangka hayat purara penduduk di Xinjiang meningkat 67.41 tahun pada masa ini daripada tidak sampai 30 tahun pada tahun 1949.

Semasa menyebut rancangan perkembangan pada masa depan, Encik Wang Lequan menyatakan,

"Kami akan terus mendorong penyusunan semula struktur ekonomi pertanian, mengutamakan pembangunan pangkalan kapas, bahan makanan, buah-buahan dan hasil keluaran ternakan, berusaha mewujudkan industrialisasi pada 20 tahun pertama abad ini, mendorong perkembangan ekonomi selaras dengan pembangunan masyarakat dan mewujudkan kemakmuran dan kemajuan pelbagai etnik."

----Ching