Kaunti Yichuan terletak di Provinsi Henan dan bahagian utaranya bersempadan dengan bandar Luoyang, ibu negeri China untuk 9 zaman dinasti purba. Kaunti Yichuan bersejarah lama dan kaya dengan sumber kebudayaan. Ramai tokoh ternama berasal dari kaunti tersebut.
Encik Li Guangxin, penduduk Kaunti Yichuan telah meluangkan masa belasan tahun, membaca banyak bahan sejarah dan berjaya melukis 43 buah peta wilayah China semasa setiap pemerintahan dinasti purba.
Wartawan Agensi Berita China mewawancara Li Guangxin di rumahnya yang terletak di kawasan perumahan di sebelah belakang Sekolah Menengah Yaowan, bahagian selatan Kaunti Yichuan. Setelah memasuki rumah Li Guangxin, wartawan Agensi Berita China seolah-olah menyaksikan satu muzium lukisan sejarah kerana menemui banyak peta wilayah China semasa pelbagai pemerintahan dinasti purba yang dilukis oleh Li Guangxin.
Setelah melihat dengan teliti, wartawan dapat mengetahui kemakmuran dan kelemahan yang dialami oleh pelbagai pemerintahan dinasti purba. Lukisan tersebut bukan sahaja mengandungi sempadan negara, sempadan wilayah pentadbiran peringkat pertama, pusat pentadbiran peringkat pertama dan pusat pentadbiran peringkat kedua, tetapi juga terdapat catatan tentang kemakmuran, kelemahan, pentadbiran berterusan pemerintahan, pembaharuan wilayah pentadbiran, pertambahan jumlah penduduk dan pemindahan ibu negeri yang pernah dilakukan oleh pelbagai kerajaan dinasti purba.
Difahamkan bahawa sejak kecil, Encik Li Guangxin yang kini berumur 36 tahun sangat suka mempelajari pengetahuan sejarah dan disebut sebagai "peminat sejarah".
Pada tahun 1985, Li Guangxin memulakan perkhidmatan dalam pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China di Provinsi Shanxi. Minatnya terhadap sejarah telah meningkat. Pada masa lapang, rakan sepasukannya selalu melancong ke destinasi pelancongan, tetapi Li Guangxin selalu membaca buku sejarah.
Sewaktu membaca buku sejarah, Li Guangxin sentiasa mencari sempadan wilayah sesuatu pemerintahan dinasti, tempat kejadian peristiwa bersejarah atau tempat kejadian peperangan di peta agar dapat mengingati dengan jelas peristiwa itu. Tetapi, beliau gagal menemui peta seumpama itu yang memuaskan hatinya. Maka Li Guangxin memutuskan mesti melukis peta tersebut sendiri.
Pada tahun 2003, Li Guangxin telah menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam pasukan tentera dan memulakan kerjaya baru. Pada masa ini, beliau mulai melukis peta wilayah China semasa pelbagai pemerintahan dinasti purba.
Dalam usaha tersebut, Li Guangxin berdasarkan "Peta Ringkas Sejarah China" yang disemak oleh mendiang Tan Qixiang, Anggota Akademi Sains China, memperluas skalanya dan meneliti sempadan pemerintahan yang kecil. Menyentuh beberapa zaman dinasti yang agak rumit, Li Guangxin melukis beberapa peta sempadan wilayah yang berlainan. Di tempat kosong peta tersebut, Li Guangxin juga mencatat tempoh kemakmuran, tempoh kelemahan, pentadbiran berterusan pemerintahan, pembaharuan kawasan pentadbiran, pertambahan jumlah penduduk dan pemindahan ibu negeri yang pernah dialami atau dilakukan oleh setiap kerajaan dinasti purba.
Pada Oktober 2004, Li Guangxin selesai melukis semua peta wilayah China yang melibatkan zaman Dinasti-Dinasti Xia, Shang, Zhou hingga penubuhan Republik Rakyat China.
Li Guangxin berkata, sejarah membuktikan bahawa hanya negara yang bersatu, rakyat biasa barulah dapat menikmati kehidupan yang bahagia dan masyarakat dapat berkembang maju, jika tidak, rakyat akan menderita peperangan dan sejarah akan mundur.
----AZMI
|