Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-06 14:42:31    
Tseten Yangjen dan Ayam Tibetnya

CRI

Setiap pagi, Puan Tseten Yangjin bangun awal pada waktu subuh memberi makanan kepada sebanyak lebih 200 ekor ayam Tibet yang diternaknya.

Puan Tseten Yangjin yang berumur 41 tahun tinggal di Kampung Chongsar, Kaunti Gongbo Gyamda yang terletak 270 kilometer dari bahagian tenggara bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China. Lokasi kampung tersebut terletak pada ketinggian lebih 3,500 meter di kawasan lembah tanah tinggi. Kedua-dua anak Tseten Yangjin sudah bersekolah dan anak sulungnya melanjutkan pengajian di Institut Perubatan Xiamen di Provinsi Fujian.

Sebelum memelihara ayam Tibet, Tseten Yangjin dan suaminya tidak mampu membayar yuran sekolah dan pengajian kedua-dua anak mereka. Pada tahun 2002, Tseten Yangjin menerima bantuan kerajaan tempatan untuk menternak ayam Tibet. Beliau membeli puluhan anak ayam menggunakan bantuan sebanyak 500 Yuan RMB yang disediakan oleh kerajaan tempatan dan berjaya membesarkan ayam itu. Pendapatannya mencapai lebih 5,000 Yuan RMB pada dua tahun kebelakangan ini. Sseten Yangjin berkata, "Setelah menternak ayam Tibet, taraf hidup kami meningkat dengan ketara. Pendapatan kami bergantung kepada penjualan ayam dan telur, pendapatan itu sangat sangat lumayan dan kehidupan kami semakin bertambah baik."

Ayam Tibet itu diternak di kawasan setinggi 3,000 meter, makan beluncas dan minum air bersih tanpa pencemaran. Badan ayam tersebut kecil, tetapi dagingnya sedap. Ayam tersebut dijual pada harga 40 hingga 50 Yuan RMB seekor di Kaunti Gongbo Gyamda dan telurnya dijual satu Yuan RMB sebiji. Pegawai tempatan Yang Duxiang memaklumkan, "Demi meningkatkan pendapatan kaum petani dan penggembala, kerajaan Kaunti Gongbo Gyamda menggalakkan industri menternak ayam Tibet dan penanaman sayur di rumah hijau. Kami berjaya bekerjasama dengan Syarikat Shichuan Chongqing. Mereka membina kilang di sini dan hasil keluarannya sudah dieksport ke Jepun. Dalam tempoh beberapa bulan setelah kilang itu dibuka, syarikat tersebut telah memperoleh pendapatan sebanyak 175 ribu dolar Amerika di kaunti kami."

Pegawai Kampung Chongsar Gao Guochun memberitahu wartawan CRI bahawa Tseten Yangjin telah menjadi orang kaya di kampung tersebut. Kerajaan Kampung Chongsar akan terus membantu lebih ramai petani tempatan menternak ayam Tibet dan menjadi orang kaya. Kerajaan Kampung Chongsar bukan sahaja menyediakan bantuan subsidi, tetapi juga menyediakan bantuan teknologi." Beliau berkata, "Jabatan Pertanian dan Penternakan kerajaan kaunti kami menyediakan bantuan teknologi kepada mereka yang menternak ayam. Jika ayam mereka diserang penyakit atau berlaku perebakan wabak, mereka boleh memberitahu pegawai kerajaan pekan, dan kami boleh menugaskan pegawai jabatan sains dan teknologi kerajaan kaunti menghantar stafnya pergi ke tempat kejadianuntuk menyuntik pelalian."

Pegawai kerajaan Kaunti Gongbo Gyamda Yang Duxiang berkata, pada masa ini, industri penternakan ayam barudimulakan di kaunti tersebut, keluarga yang menternak ayam Tibet tidak sampai 300 keluarga, kehidupan kebanyakan penduduk tetap bergantung kepada kerja memetik dan mencari beluncas serta cendawan. Sehubungan dengan itu, kerajaan tempatan sedang mengambil beberapa tindakan bantuan menggalakkan lebih ramai orang menternak ayam Tibet. Beliau berkata, "Kerajaan Kaunti Gongbo Gyamda giat menggalakkan petani dan penggembala tempatan menternak ayam dan menyediakan bantuan kepada mereka."

----AZMI