Menurut Agensi Berita Xinhua China, "Harian Antarabangsa" Indonesia hari ini mengutip maklumat Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan bahawa kini di Indonesia telah terdapat 89 orang dijangkiti selesema burung, antaranya 11 orang telah mati.
Dimaklumkan penyakit selesema burung telah dikesan dalam 9 provinsi Indonesia. Kini Indonesia tetap berada dalam "keadaan tidak normal" selama 21 hari yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk mencegah dan merawat selesema burung, kerajaan Indonesia telah mengambil pelbagai tindakan termasuk menetapkan hospital khas merawat selesema burung, menubuhkan pusat pemeriksaan virus selesema burung di seluruh negara dan lain-lain.
|