Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-10 14:59:47    
China Bangunkan Etnik Minoriti yang Kecil Bilangan Penduduknya

CRI

Pegawai Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China memberitahu wartawan baru-baru ini, dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan China akan meningkatkan peruntukan pembangunan kemudahan infrastruktur, latihan tenaga profesional dan dana untuk mempercepat pembangunan etnik minoriti yang kecil bilangan penduduknya.

China merupakan negara yang berbilang etnik. Selain etnik Han, terdapat 55 etnik minoriti, antaranya 22 etnik minoriti seperti etnik Maonan dan etnik Salar merupakan etnik yang kecil bilangan penduduknya, jumlah penduduk etnik tersebut mencatat 630 ribu orang sahaja. Kebanyakan mereka menetap di kawasan sempadan dan kawasan terpencil. Keadaan persekitaran di kawasan tersebut kurang baik, kira-kira 1/4 penduduk tersebut tidak cukup pakaian atau makanan, setakat ini tenaga elektrik tidak dibekalkan dan lebuh raya tidak dihubungkan di beberapa desa di kawasan tersebut.

Naib Menteri Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China encik Yang Jianming memaklumkan, pada masa ini, Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China bersama-sama dengan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Kementerian Kewangan China dan Bank Pusat mengkaji dan menetapkan "Peraturan Membantu Pembangunan Etnik yang Kecil Bilangan Penduduknya (2005-2010)". Beliau menyatakan,

"Matlamat utama ialah meningkatkan pembangunan kemudahan infrastruktur, menyempurnakan syarat pengeluaran dan kehidupan; menyusun semula struktur ekonomi, meningkat pendapatan penduduk di kawasan tersebut; mengembangkan sains, teknologi, pendidikan, kesihatan dan kebudayaan untuk mendorong kemajuan sosial; meningkatkan latihan tenaga profesional untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk."

Menurut encik Yang Jianqiang, dalam tempoh lima tahun yang akan datang, kerajaan akan memperuntukkan kira-kira sebilion Yuan RMB untuk memulakan projek pembangunan mulai tahun depan. Peruntukan tersebut terutamanya digunakan untuk membiayai latihan kerja kepada pekerja etnik minoriti yang kecil bilangan penduduknya, memperkenalkan sains dan teknologi yang dapat digunakan di desa dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk tempatan. Selain itu, jabatan kerajaan antaranya Kementerian Kewangan dan Bank Pusat akan meningkatkan peruntukan menyediakan bekalan elektrik, membina lebuh raya, menyediakan perkhidmatan telefon, radio dan TV, bekalan air minuman, menyediakan tempat penginapan dan lain-lain untuk menyelesaikan masalah kehidupan dan pengeluaran penduduk etnik minoriti yang kecil bilangan penduduknya.

Di samping membangunkan ekonomi, kerajaan China meningkatkan perlindungan terhadap kebudayaan etnik minoriti tersebut, melindungi dan menghormati bahasa, adat resam dan bebas kepercayaan penduduk etnik minoriti tersebut.

Puan You Jianhong adalah gadis etnik Hezhen, salah satu etnik minoriti yang kecil bilangan penduduknya. Beliau tinggal di kaunti Tongjiang di Provinsi Heilongjiang. Beliau menyatakan,

"Kerajaan kaunti Tongjiang telah memperuntukkan lebih empat juta Yuan RMB untuk membina Muzium Etnik Hezhe pertama di China untuk menyelamatkan kebudayaan etnik Hezhen. Kumpulan Kesenian Etnik Hezhen dibentuk di kaunti itu dan anggota kumpulan itu sering mengadakan aktiviti pertukaran kebudayaan antarabangsa."

----Ching