Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-11 16:06:36    
Polis Indonesia Berusaha Tangkap Suspek Letupan Bali

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, pihak media Indonesia hari ini melaporkan bahawa dalang utama yang melakukan kejadian letupan di Bali pada 1 Oktober lalu, Noor Din M Top telah melarikan diri ke Jawa Tengah, pihak polis tempatan sedang berusaha menangkap suspek itu.

Akhbar Indonesia memetik kenyataan Ketua Polis Jawa Tengah bahawa pihak polis tempatan sudah menghantar dua kumpulan polis untuk menangkap Noor Din M Top. Beliau menambah, suspek itu ditemani tiga hingga empat orang pembantu dan membawa bahan letupan.

Dilaporkan lagi, seorang lagi suspek kejadian letupan di Bali, Hosni tidak melarikan diri bersama-sama Noor Din M Top.