Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-13 18:25:08    
Zhang Jian, Warga China yang Berani Berenang Menyeberangi Laut

CRI

Warga China Zhang Jian berjaya bernang menyeberangi Selat Inggeris. Kini, beliau berjaya bernang menyeberangi laut Lingding, selatan China dan sekali lagi menjadi fokus arena sukan China.

Semasa menyebut tokoh yang berjaya menyeberangi laut, orang China pasti akan mengingati Zhang Jian. Pada 22 September, Zhang Jian yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sukan Beijing menjadi perhatian orang ramai. Pagi hari itu, beliau mula bernang dari Pulau Lantao Hong Kong dan tiba di pantai Makau pada malam hari itu, mengambil masa 10 jam 43 minit berjaya menyebarangi laut Lingding. Menyeberengi laut Lingding merupakan cabaran terbaru beliau. Encik Zhang Jian berkata, "Bertolak dari pengalaman berenang menyeberangi laut, laut Lingding tidak sama seperti kawasan perairan yang pernah saya seberangi pada masa dahulu. Ia merupakan muara, air sungai Mutiara masuk ke laut di sana, jumlah aliran air sangat deras. Oleh itu, usaha kali ini merupakan cabaran terbaru bagi saya."

Zhang Jian mulai terlibat dalam aktiviti bernang menyeberangi laut pada tahun 1988. Pada tahun itu, Zhang Jian berumur 24 tahun baru tamat dari universiti. Pada masa itu, Zhang Jian diberitahu beberapa peminat renang warga asing berkunjung ke China untuk menyeberangi selat Qiongzhou China, aktiviti seumpama itu masih belum dilaksanakan di China. Untuk mendahului peminat renang warga asing tersebut, Zhang Jian bersama beberapa rakannya berjaya berenang sejauh 24.9 kilometer menyeberangi selat Qiongzhou. Mengenang kembali peristiwa tersebut, Zhang Jian berkata, "Ada dua sebab utama, pertama saya berminat terhadap acara itu, selain itu saya pernah mengikuti latihan berenang jarak jauh semasa kecil. Kedua, mulai tahun 1987, acara itu diperkenalkan di China, saya berpendapat berenang di kawasan perairan terbuka, acara Triathlon berkemungkinan menjadi trend perkembangan sukan abad baru."

Selepas berjaya menyeberangi selat Qiongzhou, Zhang Jian berturut-turut menyeberangi beberapa kawasan perairan dengan jayanya. Pada tahun 2000, beliau berjaya menyeberangi selat Bohai China dan menjadi tokoh yang mendapat perhatian orang ramai. Beliau berenang 109 kilometer selama 50 jam 20 minit dan mencipta rekod berenang menyeberangi selat paling panjang katogeri lelaki di dunia. Mengenang kembali peristiwa itu, beliau berkata, "Berenang menyeberangi laut Bohai sangat sukar saya lupakan, sebab jaraknya sangat jauh, lebih 100 kilometer. Saya berenang dua hari dan dua malam. Persiapan untuk menyeberangi laut itu juga sukar dibuat. Misi kali ini sukar dilaksanakan dan paling sukar dilupakan."

Zhang Jian berkecimpung dalam acara renang menyeberangi laut bukan sahaja bertujuan untuk mengembara. Beliau menyatakan bahawa tujuan utama beliau adalah mempopularkan acara Triathlon dan berenang di kawasan perairan terbuka di China. Zhang Jian menjelaskan bahawa kini acara Triathlon dan bernang di kawasan perairan terbuka semakin popular di China. Beliau berharap melalui usaha yang dilakukannya akan mendorong lebih ramai pemuda China berkecimbung dalam acara itu.