Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang sedang melawat Vietnam semalam mengadakan rundingan di Hanoi.
Kedua-dua pemimpin tersebut bertukar-tukar pendapat tentang masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Mereka menegaskan bahawa akan meningkatkan kerjasama kedua-dua negara berdasarkan rangka perjanjian ASEAN dan mekanisme kerjasama subkawasan, meningkatkan kerjasama dalam sektor perniagaan, perdagangan, pelaburan, pertanian, industri, sumber tenaga, pengangkutan, komunikasi, pelancongan dan lain-lain.
|