Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-13 18:24:45    
Sektor Insurans Vietnam Berkembang Pesat

CRI

Jumlah syarikat insurans Vietnam kini telah mencapai 30 buah dan pasaran insurans tersebut telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun lalu. Berdasarkan statistik bahawa kadar pertambahan syarikat insurans purata setahun mencapai 30% dan pertumbuhan pendapatan yang dicapai oleh sektor insurans Vietnam juga mencapai 24% purata setahun. Pelbagai syarikat insurans yang terkenal di dunia mulai menumpukan perhatian terhadap perkembangan pesat pasaran insurans Vietnam dan membuka cawangnanya di negara itu pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kerajaan Vietnam sedang menyempurnakan mekanisme kawalan dan dasar pasaran insurans, agar menyediakan iklim persaingan yang sama rata dan menjamin sektor insurans dapat berkembang secara sihat.

Negara Vietnam mempunyai penduduk seramai 82 juta orang, antaranya 60% ialah penduduk yang berumur di bawah 30 tahun, dianggap sebagai golongan yang mempunyai keperluan yang besar terhadap insurans. Potensi perkembangan pasaran insurans juga dapat dilihat daripada statistik yang menunjukkan hanya 6% penduduk sahaja telah membeli insurans hanyat di Vietnam. Penduduk Vietnam semakin menyedari perlunya membeli insurans seiring bertambahnya pendapatan mereka pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Dimaklumkan bahawa jumlah pendapatan setahun perkapita penduduk Vietnam mencapai 371 Dolar Amerika pada tahun lalu, meningkat 36% berbanding tahun 2002, KDNK perkapita negara itu dijangka mencapai 1000 Dolar Amerika pada tahun 2010. Berdasarkan rancangan pembangunan 5 tahun 2006-2010 yang ditetapkan oleh kerajaan Vietnam bahawa pertumbuhan ekonomi negara itu akan mencapai 7.5 hingga 8%.

Kini, kerajaan Vietanam telah menjalankan pelbagai tindakan untuk mengawal pasaran insurans hayat di negara itu. Menurut pegawai Kementerian Kewangan Vietnam bahawa kerajaan Vietnam akan menyempurnakan undang-undang yang selaras dengan pelbagai negara lain agar menyediakan iklim yang baik kepada perkembangan sektor insurans, mengurangkan campuran langsung kerajaan terhadap pasaran insurans agar mewujudkan mekanisme persaingan yang sama rata. Selain itu, kerajaan Vietnam juga akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pelbagai perjanjian kerjasama antarabangsa dalam bidang insurans.

Kerajaan Vietnam telah membuka pasaran insurans kepada syarikat insurans luar negara secara beransur-ansur. Syarikat Manulife yang membuka cawangannya di Vietnam pada tahun 1999 merupakan syarikat insurans asing yang pertama memasuki pasaran Vietnam. Setakat ini, terdapat 15 buah syarikat insurans asing telah memohon untuk menjalankan perkhidmatan mereka di Vietnam.

Pakar berpendapat bahawa penyelarasan pasaran Vietnam dengan pelbagai negara lain di dunia akan menyediakan peluang baik kepada syarikat insurans asing.

Berdasarkan perjanjian perdagangan Vietnam-A.S. bahawa syarikat insurans A.S. diizinkan untuk menubuhkan syarikat usaha sama dengan pihak Vietnam semenjak Disember tahun 2004 dan menubuhkan syarikat di Vietnam bermula Disember tahun 2006. Dalam tempoh lawatan Perdana Menteri Vietnam, Phan Van Khai di A.S. pada bulan Jun lalu, pihak Kementerian Kewangan Vietnam juga telah menyereahkan surat pelaburan izin kepada dua syarikat insurans A.S. bagi menjalankan perkhidmatan di Vietnam. Pasaran insurans bukan hayat di Vietnam dijangka akan semakin teruka kepada dunia selepas negara itu menganggotai WTO pada masa akan datang.