Menurut berita CRI, Kementerian Perdagangan China hari ini mengumumkan, China mulai menyiasat kes antilambakan butanol yang diimport dari Malaysia, Rusia, A.S., Afrika Selatan, Kesatuan Eropah dan Jepun.
Penyiasatan kes antilambakan itu biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh satu tahun, iaitu sebelum 14 Oktober tahun depan, tetapi mungkin ditangguhkan hingga 14 April 2007 jika perlu.
|