Menurut Agensi Berita Xinhua China, Bank Pembinaan China hari ini mula memasarkan sahamnya di Hong Kong, sahamnya akan diurusniaga di bursa saham Hong Kong bermula pada 27 Oktober akan datang. Sehubungan dengan itu, Bank Pembinaan China merupakan bank pertama antara 4 bank perdagangan milik kerajaan China yang memasarkan sahamnya di luar Tanah Besar China.
Pengerusi Lembaga Bank Pembinaan China Guo Shuqing memaklumkan, Bank Pembinaan China akan memasarkan lebih 26 bilion unit sahamnya di seluruh dunia, jumlah nilai saham tersebut akan mencapai lebih 63 bilion dolar Hong Kong, ini merupakan rekod tertinggi pemasaran saham bank perdagangan China di bursa saham di Hong Kong. Beliau menegaskan, keuntungan daripada pasaran saham tersebut akan menjadi dasar modal bank itu.
|