Menurut berita CRI, Kementerian Pertanian China hari ini mengumumkan, jumlah import-eksport hasil pertanian China pada 8 bulan pertama tahun ini melebihi 36 bilion dolar Amerika, meningkat hampir 10% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Berdasarkan statistik, jumlah kurangan perdagangan hasil pertanian China pada 8 bulan pertama tahun ini menurun lebih 3 bilion dolar Amerika. Di samping itu, eksport padi-padian China meningkat besar-besaran.
|