Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-14 16:03:40    
Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou" VI Bergerak Lancar Melebihi 48 Jam

CRI

Menurut berita CRI, setakat pukul 9:00 pagi ini, kapal angkasa lepas "Shenzhou" VI telah bergerak lancar selama 48 jam. Sekarang, penerbangan kapal itu berjaya dan dua orang angkasawan dalam kapal angkasa lepas itu sihat.

Wartawan radio kami melaporkan, "Pada pukul 5:56 pagi tadi, kapal angkasa lepas 'Shenzhou' VI telah berjaya mengekalkan kedudukan di orbitnya.

Naib Ketua Pengarah Pusat Kawalan Penerbangan Angkasa Lepas Beijing, Encik Zhu Mincai menyatakan, mengekalkan kedudukan kapal angkasa lepas itu di orbitnya akan memastikan kapsul kapal angkasa lepas itu dapat kembali ke bumi di kawasan yang ditetapkan.