Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-14 12:13:17    
Perbincangan Tekstil China-A.S. Pusingan ke-6 Ditutup

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Kementerian Perdagangan China semalam mengumumkan, perbincangan tekstil China-A.S. pusingan ke-6 telah ditutup semalam, kedua-dua pihak tidak mencapai apa-apa perjanjian.

Wakil pihak China ialah Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan China Lu Jianhua, dan wakil pihak A.S. ialah wakil perunding khas masalah tekstil Pejabat Perdagangan A.S. David Spooner.

Selepas kuota tekstil sejagat dibatalkan pada 1 Januari lalu, kerajaan A.S. mengenakan sekatan terhadap 9 jenis tekstil China sejak Mei. Pihak China menyatakan bantahan keras tentang hal itu. Untuk menyelesaikan masalah itu, kedua-dua pihak telah mengadakan 6 kali perbincangan sejak Jun lalu, tetapi tidak mencapai kejayaan.