Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-17 15:46:19    
China akan Kemukakan Rancangan Baru Pembaharuan Sistem Perkhidmatan Perubatan

CRI

Menteri Kesihatan China encik Gao Qiang semasa membuat laporan di Beijing baru-baru ini menyatakan, kerajaan China telah mengemukakan satu rancangan baru pembaharuan sistem perkhidmatan perubatan dan menetapkan rancangan itu setelah diluluskan akan dilaksanakan di beberapa bandar. Berdasarkan rancangan tersebut, peranan kerajaan akan ditingkatkan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan bagi menyelesaikan kos rawatan yang terlalu tinggi.

Pada masa ini, 90% jabatan perkhidmatan perubatan dimiliki oleh kerajaan. Sistem perkhidmatan perubatan yang sedia ada dibentuk pada pertengahan tahun 1990-an. Disebabkan beban kewangan terlalu berat, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada hospital menurun dari setahun ke setahun, sehingga hospital tersebut diselenggarakan dan dimajukan dengan biaya para pesakit. Misalnya pada tahun 2000, nisbah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada hospital hanya mencatat 8% daripada jumlah pendapatan hospital.

Setelah dilaksanakan selama 10 tahun, sistem perkhidmatan perubatan yang sedia ada itu semakin tidak sempurna. Gejala pemasaran wujud dalam proses penyelenggaraan jabatan perubatan milik negara, pegawai hospital tersebut berhasrat memperoleh pendapatan yang tinggi sehingga perkhidmatan kebajikan awam semakin berkurancanganan, kos rawatan meningkat dengan pesat dan penduduk awam semakin tidak mampu membiaya kos rawatan. Gejala tersebut dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pegawai Pusat Penyelidikan Dasar Sosial Akademi Sains Sosial China puan Yang Tuan menyatakan,

"Gejala pemasaran wujud dalam sistem perkhidmatan perubatan mengakibatkan perkhidmatan kebajikan awam diabaikan. Mereka yang kaya mampu mendapat rawatan, akan tetapi mereka yang miskin tidak mampu mendapatkan rawatan, perkembangan sosial akan terjejas. Sehubungan dengan itu, pemasaran tidak dapat diamalkan secara menyeluruh dalam bidang perkhidmatan perubatan."

Berdasarkan kaji selidik, hampir separuh pesakit China tidak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan apabila sakit, 30% pesakit tidak mempu mendapat di wad hospital. Ini bermakna pesakit sukar mendapat rawatan dan kos rawatan terlalu mahal. Untuk mengatasi keadaan itu, Kementerian Kesihatan China bersama-sama dengan jabatan lain menetapkan rancangan pembaharuan sistem perkhidmatan perubatan. Berdasarkan rancangan baru itu, perubatan merupakan usaha kebajikan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerajaan harus memainkan peranan penting untuk mengembangkan perkhidmatan perubatan di samping memainkan peranan mekanisme pasaran.

Berdasarkan rancangan baru pembaharuan sistem perkhidmatan perubatan itu, kerajaan akan menetapkan peraturan kesihatan secara bersepadu, menetapkan jumlah dan skop jabatan perubatan milik negara berdasarkan keperluan perkhidmatan kesihatan awam dan perubatan asas penduduk. Hospital milik negara yang lain dapat melaksanakan mekanisme pasaran, menarik modal masyarakat agar menjadi jabatan perubatan yang memperoleh keuntungan dan bukan memperoleh kekayaan. Jabatan perubatan milik negara harus mengamalkan kebajikan awam, kerajaan harus mengawal standard bayaran dan skop pendapatannya dan memberi jaminan kepada perbelanjaannya.

Puan Yang Tuan menyatakan, "Berdasarkan rancangan baru itu, pembaharuan perkhidmatan perubatan akan dilaksanakan dengan menggabungkan peranan kerajaan dan mekanisme pasaran. Ini bermanfaat bagi meningkatkan peranan kebajikan awam jabatan perubatan dan mengurancangankan kos rawatan para pesakit."

----Ching