Rang "Undang-undang Penternakan" telah diserahkan kepada Sidang Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China untuk dibahaskan bagi mendorong dan menjamin perkembangan penternakan China secara kekal dan sihat. Berdasarkan maklumat, dalam rang itu ditetapkan peraturan tentang pengeluaran dan perniagaan penternakan untuk menyelesakan isu keselamatan kualiti barang keluaran ternakan dan pencemaran ekologi yang menjadi tumpuan perhatian orang ramai di China pada masa ini.
Pada tahun lalu, nilai keluaran penternakan China melebihi 1.2 ribu bilion Yuan RMB, menduduki 34% jumlah nilai hasil keluaran pertanian. Pendapatan penternakan menduduki lebih 30% jumlah pendapatan kaum tani, penternakan telah menjadi perusahaan penting ekonomi di desa China. Pada masa ini, pengeluaran dan perniagaan penternakan China sedang berkembang daripada cara tradisional menjadi cara moden, undang-undang dan peraturan tentang penternakan yang telah dikeluarkan tidak lagi memenuhi keperluan perkembangan penternakan pada masa ini, China harus menetapkan undang-undang baru untuk menstandardkan pengeluaran dan perniagaan penternakan. Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertanian dan Pedesaan Kongres Rakyat Kebangsaan China encik Shu Huiguo semasa memaklumkan "Undang-undang Penternakan" itu menyatakan,
"Dasar dan tindakan penting kerajaan yang pernah berjaya mendorong perkembangan penternakan China pada tahun-tahun kebelakangan ini dimasukkan dalam undang-undang itu untuk membimbing dan mendorong pengeluaran dan perniagaan penternakan berkembang daripada cara tradisional menjadi cara moden, memelihara dan menggunakan secara rasional sumber ternakan genetik, menstandardkan pengeluaran dan perniagaan penternakan, menjamin pasaran bekalan ternakan yang berkualiti, memelihara hak dan kepentingan sah para pengeluar dan peniaga dan mendorong perkembangan penternakan secara kekal dan sihat."
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, wabak penyakit binatang antaranya selesema burung, wabak pig-borne pernah merebak di China, isu keselamatan ekologi menarik perhatian kerajaan. Manakala, pada masa ini, pengeluaran penternakan di China dilaksanakan oleh ramai pengeluar dalam skop yang kecil. Cara itu tidak bermanfaat bagi pencegahan wabak dan rawatan penyakit dan menstandardkan cara memelihara ternakan, sehingga usaha kawalan perebakan wabak penyakit binatang menghadapi kesukaran dan keselamatan kualiti barangan keluaran ternakan terjejas. Untuk menyelesaikan masalah itu, dalam rang "Undang-undang Penternakan" ditambah fasal khas "Pelihara Ternakan", membimbing dan menstandardkan cara pemeliharaan para pengeluar. Encik Shu Huiguo menyatakan,
"Dalam rang undang-undang itu ditetapkan peraturan dan dasar yang mustahak terhadap pengeluaran penternakan, mendorong kemajuan cara pengeluaran, menstandardkan penggunaan peralatan pemeliharaan ternakan dan kawalan pencemaran alam sekitar, melaksanakan sistem hukuman terhadap mereka yang mengeluarkan barang keluaran ternakan yang berkualiti rendah dan meningkatkan taraf pencegahan wabak dalam proses memelihara ternakan."
Untuk meningkatkan pengurusan kualiti dalam proses memelihara ternakan, menjamin bekalan bahan ternakan yang selamat kepada industri pemprosesan barang keluaran ternakan, dalam rang "Undang-undang Penternakan" juga ditambah fasal untuk menjamin keselamatan kualiti barang keluaran. Encik Shu Huiguo menyatakan,
"Dalam fasal itu ditetapkan peraturan untuk meningkatkan pengurusan kualiti dalam proses memelihara ternakan, melaksanakan sistem pemantauan kualiti ternakan dan pengumuman maklumat, menetapkan standard pemeliharaan ternakan dan lain-lain."
----Ching
|