Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-17 15:48:46    
Beijing Mulai Standardkan dan Popularkan Penggunaan Bahasa Inggeris

CRI

Bandar Beijing, ibu negara China bukan sahaja kaya dengan pelbagai tinggalan sejarah, tetapi juga mengagumkan para pelawat dengan pemandangannya yang sangat moden dan terkenal sebagai pusat politik, ekonomi dan kebudayaan China.

Tetapi penggunaan bahasa Inggeris tidak begitu popular di bandar ini dan terdapat banyak penunjuk jalan salah diterjemah.

Di Daerah Chaoyang, Beijing, wartawan CRI mewawancara Cik Qin Xiaolan, warga Bulgaria yang sudah tinggal di Beijing selama 3 tahun. Rumahnya terletak di Jalan Selatan Guandongdian. Ketika memperkatakan masalah penunjuk jalan harus ditulis dalam dwibahasa, Qin Xiaolan memaklumkan beberapa kesalahan yang dikesannya. Beliau berkata, "Jalan Guandongdiannanjie yang ditulis pada papan penunjuk jalan ini tidak menyatakan 'Jalan Selatan', 'nan' bermaksud 'selatan', jika orang asing tidak faham bahasa Mandarin melihat papan penunjuk jalan itu, mereka tidak faham apa maksudnya 'nanjie'."

Penduduk Beijing ramah-tamah dengan pelawat asing dan disebabkan pelaksanaan dasar buka pintu belum begitu lama dilaksanakan di China, ramai pelawat asing memaafkan kesalahan seumpama itu dalam terjemahan pada kenyataan papan penunjuk jalan. Puan Marry dari A.S. berkata kepada wartawan CRI, "Saya tidak berpendapat kesalahan terjemahan tersebut mengejikan orang. Ia hanya menyebabkan orang tertawa. Misalnya, kenyataan 'out of service' diterjemah 'stop cashier'. Pada mulanya, saya tidak faham dan saya ketawa setelah saya mengetahui apa maksudnya."

Setelah China menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Beijing juga akan menyelenggarakan Sukan Olimpik 2008, pertukaran dan pergaulan rakyat China dengan negara lain di seluruh dunia menjadi semakin erat. Kesalahan terjemahan bahasa Inggeris yang digunakan di papan penunjuk jalan pasti memberi maklumat yang salah dan menyukarkan para pengguna.

Baru-baru ini, Institut Bahasa-Bahasa Asing No.2 Beijing telah menubuhkan satu Kumpulan Kajian Bahasa Mandarin-Inggeris dan menghantar kumpulan tersebut mengadakan tinjauan di 11 negara Eropah. Ketua kumpulan tersebut, Profesor Lu Hefa yang bertugas di Institut Bahasa-Bahasa Asing No.2 Beijing memaklumkan, "Di negara asing, penggunaan bahasa baku atau penggunaan dwibahasa sangat popular dan tidak mengelirukan orang . Berbanding negara maju, China masih ketinggalan dalam bidang tersebut, banyak bahasa rumus yang digunakan di China pada masa ini tidak praktikal."

Qin Xiaolan, warga Bulgaria berkata, "Penggunaan bahasa baku harus ditetapkan satu standard dan harus diterjemahkan betul kerana papan penunjuk jalan dirujuk oleh orang ramai."

Pada masa ini, kerajaan bandar Beijing telah mulai menangani masalah tersebut. Selain membetulkan kesalahan terjemahan pada papan penunjuk jalan, kerajaan Beijing juga mengadakan pelbagai tindakan mempopularkan bahasa asing di kalangan rakyat biasa, misalnya seminar yang dianjurkan oleh pelbagai universiti secara bergilir, pertandingan bahasa asing yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Komuniti dan latihan bahasa Inggeris lisan yang diselenggarakan untuk pemandu teksi yang menjadi tumpuan perhatian besar.

Ketua Kumpulan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Pergerakan Penduduk Beijing Bercakap Bahasa Inggeris, Profesor Chen Lin memaklumkan, "Penggunaan dwibahasa berkaitan dengan masalah bahasa baku dan penyeragaman terjemahan bahasa Inggeris antara pelbagai industri yang masih tidak selaras pada masa ini. Berdasarkan tuntutan kerajaan bandar Beijing, kami harus menyakinkan pelbagai industri mencapai kata sepakat dalam bidang terjemahan bahasa asing yang betul sebelum tahun 2007."

Bahasa yang betul dan indah boleh mengeratkan hubungan manusia dan menghapuskan keterasingan. Selain itu, bahasa yang betul dan indah juga memerlukan terjemahan yang betul dan indah.

Profesor Chen Lin berkata, "Taraf bahasa asing rakyat mencerminkan sebahagian kekuatan negara itu. Bahasa asing itu bukan sahaja melibatkan bahasa Inggeris. Taraf bahasa asing mencerminkan taraf pendidikan di negara itu dan pempopularan penggunaan bahasa asing bermakna penting."

Kita menanti-nantikan pada suatu masa tidak lama lagi, papan penunjuk jalan di Beijing diterjemahkan dengan betul dan penduduk Beijing lebih lancar bercakap bahasa asing.

----AZMI