Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-17 08:47:48    
Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China Kali ke-2 Berjaya

 


CRI

Wartawan CRI melaporkan, pada subuh pagi tadi waktu Beijing, kapsul Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VI yang dilancarkan pada 5 hari yang lalu telah selamat mendarat di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China, dua angkasawan memaklumkan kesihatan mereka baik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo mewakili jawatankuasa pusat Parti Komunis China, Dewan Negara dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mengucapkan tahniah. Dalam ucapan tahniah itu dinyatakan bahawa kejayaan penerbangan Kapal Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan Shenzhou VI menandakan kejayaan China yang besar dalam bidang teknologi penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan dan kajian angkasa lepas yang dijalankan oleh angkasawan tersebut. China akan terus memajukan teknologi penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan, meneroka sumber angkasa lepas dengan aktif untuk membawa manfaat kepada manusia.


1  2  3