Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-18 13:41:15    
Radio Antarabangsa China Berusaha Laporkan secara Menyeluruh Ekspo China-ASEAN Kedua

CRI

Lagu Ekspo China-ASEAN kedua bertema "Mesra Selama-lamanya". Ekspo China-ASEAN kedua yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengurusan Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN serta Pejabat Setiausaha ASEAN akan diadakan pada 19 Oktober di bandar Nanning ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Serentak itu, Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN kedua juga akan diadakan. Pada 17 Oktober lalu, wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) bahagian bahasa Melayu, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar tiba di bandar Nanning untuk membuat liputan terhadap Ekspo itu.

"Sdr. pendengar, saya Izzati, wartawan bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China. Saya sedang menyampaikan laporan di depan pintu Pusat Pameran Antarabangsa Nanning. Pemandangan amat cantik di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Nanning, pokok dan bunga segar kelihatan sangat cantik, terdapat maskot dan belon di depan pintu tersebut. Di bawah sinaran matahari, bendera kebangsaan China dan negara-negara ASEAN berkibaran, menandakan China dan negara-negara ASEAN berjiran baik dan bersahabat, akan berusaha bersama-sama mencipta masa depan yang gemilang. Di 15 ruang pameran di pusat itu, pelbagai barangan pameran China dan negara-negara ASEAN telah dipamerkan, pedagang dari pelbagai negara sedang membuat persiapan akhir."

Ekspo China-ASEAN semakin menarik perhatian kerajaan negara berkaitan kerana ia menjadi platform pameran dan perdagangan antarabangsa. Menurut maklumat, berbanding Ekspo China-ASEAN pertama yang diadakan pada tahun lalu, ruang pameran bertambah enam buah, gerai pameran bertambah daripada 2500 kepada 3500 buah. Pedagang pelbagai negara ASEAN menyertai pameran kali ini dengan aktif.

Selain itu, sebanyak lebih 30 sidang antaranya sidang promosi, sidang rundingan, sidang menandatangani perjanjian dan forum akan diadakan dalam Ekspo itu. Misalnya, setelah upacara perasmian Ekspo itu diadakan, Malaysia, Filipina dan Myanmar akan mengadakan sidang promosi untuk memperkenalkan dasar dan iklim pelaburan di negara tersebut; Brunei Darussalam dan Indonesia akan mengadakan sidang promosi untuk memperkenalkan pelaburan dan industri pelancongan di negara tersebut; manakala Singapura akan mengadakan "Seminar Perusahaan China akan disenaraikan di pasaran saham Singapura" dan lain-lain.

Ekspo itu bukan sahaja akan menarik perhatian pegawai kerajaan dan pedagang pelbagai negara, tetapi juga menarik perhatian wartawan pelbagai negara. Mereka bersiap berusaha melaporkan Ekspo kali ini secara menyeluruh. Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai pihak media yang bekerjasama dengan Ekspo kali ini menghantar banyak wartawan untuk membuat liputan. Pengarah Pusat Siaran Radio Asia Tenggara CRI encik An Xiaoyu menyatakan,

"Sejak bulan September lalu, rancangan khas tentang Ekspo China-ASEAN telah disiarkan menerusi radio dan laman web menggunakan bahasa asing negara-negara Asia Tenggara, antaranya bahasa Melayu, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Wartawan radio kami akan memperkenalkan Ekspo kali ini kepada para pendengar."

Ketua Bahagian Bahasa Vietnam CRI puan Wu Zhaoying pernah menyertai kerja membuat liputan Ekspo China-ASEAN pertama pada tahun lalu. Beliau menyatakan,

"Kami melaporkan secara langsung malam gembira upacara perasmian Ekspo China-ASEAN pertama pada tahun lalu dan laporan itu mendapat sambutan para pendengar. Kami akan terus gigih berkerja pada tahun ini."