Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-20 10:50:34    
Sukan Kebangsaan ke-10 China Merupakan Persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008

CRI

Sukan Kebangsaan China merupakan temasya yang paling besar di China dan diadakan empat tahun sekali. Sehingga kini, temasya sukan itu telah diadakan sebanyak sepuluh kali. Kini, Sukan Kebangsaan ke-10 yang diadakan di provinsi Jiangsu, sebelah timur China merupakan persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Sukan Kebangsaan ke-10 China diadakan di provinsi China pada 12 Oktober. Tujuan China mengadakan temasya tersebut adalah untuk membuat persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Kontinjen China meraih 32 pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens 2004 dan menduduki tempat kedua dalam senarai perolehan pingat emas. Kini, atlet China sedang membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 dan mencapai kejayaan besar. Sehubungan dengan itu, mereka berharap melalui peluang ini dapat mengukur prestasi mereka. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Xiao Tian menjelaskan bahawa acara dan pertandingan dalam Sukan Kebangsaan ke-10 China ditetapkan selaras dengan acara Sukan Olimpik Beijing 2008. beliau berkata, "Sukan Kebangsaan China merupakan temasya yang paling besar peringkat kebangsaan China. Temasya kali ini merupakan persiapan untuk mengadakan Sukan Olimpik Beijing 2008. Acara dan pertandingan dalam temasya tersebut selaras dengan Sukan Olimpik Beijing 2008."

Dimaklumkan, dalam Sukan Kebangsaan ke-10 China kali ini ditambah satu acara, 12 acara sampingan, antaranya termasuk 32 acara dalam Sukan Olimpik. Tindakan tersebut bertujuan untuk melatih pemain China.

Hampir semua atlet unggul China kecuali atlet yang mengalami kecederaan dan menarik diri daripada kumpulan telah menyertai temasya tersebut. Selain itu, pelbagai kontinjen juga menghantar atlet muda mengambil bahagian dalam pertandingan temasya itu untuk meningkat pengalaman mereka. Oleh itu, Sukan Kebangsaan ke-10 China memainkan peranan penting meningkat prestasi atlet China.

Beberapa pegawai Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing 2008 juga menyertai persiapan Sukan Kebangsaan ke-10 China tersebut. Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Sukan Kebangsaan ke-10 China Encik Wu Jingqi berkata, "Selain pertandingan, kami telah membuat persiapan dengan pelbagai pihak. Kami mengadakan latihan dalam usaha penciptaan rekod, menjalin hubungan rakan kerjasama, komunikasi dan lain-lain untuk membuat persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Tindakan yang dijangka dilaksanakan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 telah dilaksanakan dalam Sukan Kebangsaan ke-10 China kali ini."

Encik Wu Jingqi menjelaskan bahawa walaupun pertandingan Sukan Kebangsaan ke-10 China diadakan di 134 stadium di 22 bandar di provinsi itu, akan tetapi semua pertandingan disiarkan melalui Pusat Stesen TV Nanjing ke pelbagai stesen TV yang lain.

Pusat penerangan Sukan Kebangsaan ke-10 China menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar. Wartawan boleh menghantar berita, gambar dan suara dengan segera. Pegawai suruhanjaya tersebut encik Wang Hui menjelaskan, "Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008, para atlet boleh menerima pelbagai maklumat perkhidmatan melalui telefon bimbit sendiri. Perkhidmatan seumpama itu disediakan dalam temasya kali ini dan memberi kemudahan kepada para atlet dan wartawan."

Selain itu, Jawatankuasa Antiubat perangsang Jawatankuasa Sukan Olimpik China menghantar lebih 80 pegawai bertugas melakukan pemeriksaan ubat peransang dalam temasya tersebut. Mereka akan memainkan peranan penting dalam usaha memeriksa ubat perangsang Sukan Olimpik Beijing 2008.