Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-19 15:22:40    
Pusat Pameran Antarabangsa Nanning Sudah Siap, Pemimpin China dan ASEAN Tinjau Ruang Pameran

CRI
Pada pukul 8:00 malam semalam, Pusat Pameran Antarabangsa Nanning terang benderang selepas kakitangan mengadakan persiapan selama beberapa hari lalu dan bertambah ramai. Tetamu dari luar dan China yang menyertai Ekspo China-ASEAN serta sidang kemuncak itu diiringi oleh pemimpin Daerah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi meninjau ruang pameran Ekspo China-ASEAN dalam 12 kumpulan, dan bertanya tentang persiapan pedagang dari pelbagai negara yang mengambil bahagian dalam ekspo itu.

Dimaklumkan, dalam ekspo kali ini, jumlah ruang pameran meningkat dari 9 buah ke 15 buah, jumlah gerai pameran meningkat dari 2500 buah ke 3500 buah, meningkat 32% berbanding tahun lalu. Antaranya gerai pameran usahawan Tanah Besar China serta Hong Kong, Macau dan Taiwan mencapai 2574 buah, meningkat 37%, dan gerai pameran 10 negara ASEAN mencapai 693 buah, meningkat 10.7 %. Gerai perusahaan hampir 2000 buah, meningkat 33% berbanding tahun lalu.

Eskpo kali ini akan mempamerkan 5 kategori barangan perdagangan, antaranya peralatan mesin, peralatan elektronik, bahan binaan, teknologi industri ringan, barangan hasil pertanian dan makanan serta lain-lain.

Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan Duta Besar Malaysia di China Dato' Syed Norulzaman mengetuai delegasi malaysia meninjau gerai pameran peserta Malaysia dengan diringi Naib Ketua Pengarah Kongres Rakyat Daerah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi Puan Yuan Fenglan.

Puan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew singgah di ruang pameran No.2 dan melihat persiapan model bandar Putrajaya Malaysia. Ruang pameran No.2 ialah ruang pameran yang dikhususkan kepada setiap negara. Ruang itu mempamerkan model "Bandar China-ASEAN Menarik" sebagai daya tarikan utama pameran khusus untuk negara. "Bandar Menarik" merupakan acara baru ekspo itu. Pelbagai negara memilih bandar istimewa negara tersebut untuk memperlihatkan pembangunan dan peluang perdagangan, pelaburan, sains teknologi, budaya, pelancongan dan lain-lain. Bandar Putrajaya Malaysia dicadang menjadi model "Bandar Menarik" dalam pameran itu dan diharapkan dapat memperkenalkan kemajuan Malaysia kepada dunia.