Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-20 16:40:01    
China-ASEAN Berusaha Bersama Dorong Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN

CRI

Setelah Ekspo China-ASEAN dirasmikan, pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pelbagai pihak. Para peserta berusaha bersama-sama mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

"Perisytiharan 'Bandar Menarik' China-ASEAN" telah diumumkan oleh wakil dari 11 bandar China dan 10 negara ASEAN yang digelar sebagai bandar menarik malam semalam.

Berdasarkan perisytiharan itu, para wakil berpendapat, meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan, mendorong perkembangan yang harmoni merupakan matlamat bersama projek "Bandar Menarik" China dan pelbagai negara ASEAN, Ekspo China-ASEAN kali ini menyediakan platform yang baik untuk mewujudkan matlamat ini.

Dalam perisytiharan itu dinyatakan, 11 bandar yang digelar sebagai "Bandar Menarik" tersebut akan menyertai secara aktif Ekspo China-ASEAN, mendorong pertukaran dan kerjasama antara kerajaan, persatuan perdagangan dan perusahaan, mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, berusaha mewujudkan kemakmuran, perkembangan dan kebahagiaan rakyat serantau.

Projek "Bandar Menarik" merupakan rancangan pertama yang diadakan pada Ekspo China-ASEAN kedua. Projek itu bermanfaat bagi kerjasama dan pertukaran pelbagai negara. Imej bandar 11 negara China-ASEAN pertama kali dipamerkan untuk menunjukkan pembangunan di Asia.

Berdasarkan maklumat, 11 bandar yang digelar sebagai "Bandar Menarik" China dan 10 negara ASEAN ialah Beijing China, Putrajaya Malaysia, Jakarta Indonesia, Seri Bagawan Brunei Darussalam, Kota Singapura Singapura, Chiangmai Thailand, Cebu Filipina, Hanoi Vietnam, Mandalay Myanmar, Siemreap Kemboja dan Luangprabang Laos.

Forum Pegawai Kanan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN kedua dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning hari ini. Forum kali ini bertema: "Kerajaan menyediakan ruangan kerjasama yang saling menguntungkan; mekanisme perdagangan dan pelaburan yang telus, bebas dan cekap dibentuk dalam proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam bidang yang meluas untuk mendorong perkembangan perusahaan."

8 pegawai kanan dalam bidang ekonomi dan perdagangan China, Malaysia, Burnei Darussalam, Singapura, Indonesia, Laos, Myanmar dan Vietnam menyampaikan ucapan dalam forum tersebut.

Sidang promosi pelbagai negara telah diadakan pada hari ini.

Sidang promosi telah diadakan oleh Brunei Darussalam hari ini, pegawai di negara itu berharap semakin ramai orang mengetahui Brunei Darussalam sedang berkembang ke arah ekonomi pelbagai.

Dalam sidang promosi yang diadakan oleh pihak Indonesia, pegawai Indonesia menjelaskan dasar pelaburan dan peluang perdagangan di negara tersebut, dan berharap bertukar-tukar maklumat dengan pelabur yang berminat melabur di Indonesia.

Rundingan Peluang Pelaburan Thailand dan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah diadakan. Mereka memperkenalkan peluang perdagangan dan dasar keutamaan dalam bidang pelaburan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.