Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-20 14:19:10    
Sun Yafu: Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama Ekonomi Kedua-dua Pantai Selat Taiwan secara Menyeluruh

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Pengerusi Persatuan Hubungan Kedua-dua Pantai Selat Taiwan yang juga Naib Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Taiwan Dewan Negara China Sun Yafu semalam di Makau menyatakan, sekarang, baik bertolak dari asas pertukaran dan kerjasama ekonomi kedua-dua pantai Selat Taiwan yang sedia ada, maupun memandang trend perkembangan ekonomi dunia dan ekonomi Asia Timur, kami harus meningkatkan pertukaran dan kerjasama kedua-dua pantai Selat Taiwan secara menyeluruh.

Dalam "Sidang Ekonomi dan Perdagangan Pedagang China Antarabangsa 2005" yang dirasmikan semalam, iaitu "Sidang Peringkat Tinggi Pedagang China di Dunia ke-2", semasa memberi ceramah khusus Sun Yafu menyatakan, pertukaran dan kerjasama ekonomi kedua-dua pantai Selat Taiwan mempunyai potensi besar dan masa depan yang cemerlang. Pada April dan Mei lalu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Hu Jintao telah bertemu dan mengadakan rundingan bersifat sejarah dengan pemimpin Kuomintang dan Parti Rakyat Pertama Taiwan dan mengeluarkan 2 buah pengumuman. Kedua-dua pengumuman tersebut menegaskan harus meningkatkan pertukaran dan kerjasama ekonomi kedua-dua pantai Selat Taiwan, menjalin hubungan kerjasama ekonomi yang erat, dan mengemukakan kerja konkrit yang harus ditingkatkan.

Beliau menyatakan, untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama ekonomi, kami harus secepat mungkin menyelesaikan masalah yang mendesak pada masa ini, misalnya mendorong proses penerbangan langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Kami harus meningkatkan pelaburan, perdagangan dan pertukaran mata wang secara langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Dan kami harus juga meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian, industri perkhidmatan dan teknologi canggih sains asas, dan menciptakan standard teknologi, hak harta intelektual dan jenama China sendiri.

Beliau juga menyatakan, saudara setanah air kedua-dua pantai Selat Taiwan harus bersatu-padu dan menentang "Kemerdekaan Taiwan", memelihara perdamaian dan kestabilan di Selat Taiwan dan menyediakan peluang baik bagi pertukaran dan kerjasama ekonomi kedua-dua pantai Selat Taiwan.