Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-21 14:59:51    
Brunei Darussalam Cari Peluang Kerjasama dengan China dalam Ekspo China-ASEAN

CRI

Brunei Darussalam mengadakan sidang promosi di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning petang semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan Kementerian Perindustrian dan Sumber Utama Shei Jamaluddin dan Penolong Pengarah Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei Aziz Latif telah menyertai sidang tersebut. Encik Shei Jamaluddin berpendapat, Ekspo China-ASEAN kali ini bermanfaat meningkatkan hubungan dan kerjasama China-Brunei dalam pelbagai bidang, antaranya pelancongan, ekonomi dan perdagangan. Sekarang kami sampaikan wawancara wartawan radio kami Izatti dengan encik Shei Jamaluddin.

Semasa menyebut kerjasama dalam bidang pelancongan, encik Shei Jamaluddin menyatakan, Ekspo kali ini amat mustahak bagi perkembangan industri pelancongan Brunei Darussalam. Pada masa ini, ramai pelancong China melawat negara-negara Asia Tenggara. Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang indah dan permai. Kerajaan Brunei mengalu-alukan lebih ramai pelancong China melancong ke Brunei agar mengetahui sosioekonomi, budaya, cara hidup dan lain-lain di negara itu.

Encik Shei Jamaluddin berpuas hati terhadap persiapan Ekspo China-ASEAN yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan China berkaitan. Beliau berkata, beliau amat kagum melihat kerajaan Bandar Nanning berusaha menjayakan Ekspo itu begitu meriah. Ramai pelawat datang menyertai ekspo kali ini, pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan sempurna, dan semua kerja berjalan dengan lancar. Beliau berharap kerjasama China-Brunei Darussalam dalam bidang ekonomi dan perdagangan dapat ditingkatkan setelah Ekspo kali ini.