Projek "Bandar Menarik" merupakan rancangan pertama yang diadakan pada Ekspo China-ASEAN kedua kali ini dan menarik perhatian para pelawat. China dan 10 negara ASEAN dicadangkan memilih sebuah bandar atau kawasan yang dapat memperlihatkan ciri-ciri negara sendiri. Projek itu bermanfaat bagi memamerkan perkembangan dan kejayaan yang dicapai serta peluang perdagangan yang disediakan di China dan 10 negara ASEAN dalam bidang perdagangan, pelancongan, pelaburan, sains, teknologi, kebudayaan dan lain-lain agar pertukaran China-ASEAN semakin meningkat. Sejak upacara perasmian sehingga kini, pameran khas "Bandar Menarik" di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning antaranya, Beijing China, Putrajaya Malaysia, Jakarta Indonesia dan lain-lain menarik para pelawat.
Bandar Beijing digelar sebagai "Bandar Menarik" China. Di tempat pameran itu, seniman kalangan rakyat Guru Feng sedang membuat patung tanah liat. Ramai pelawat berkumpul di sekitarnya, menyaksikan bagaimana Guru Feng membuat patung tanah liat dan meminta beliau membuat satu patung berdasarkan imej sendiri. Kira-kira 20 minit kemudian, Guru Feng berjaya membuat satu patung dan mendapat sambutan para pelawat.
Pameran gambar Putrajaya Malaysia menarik perhatian ramai pelawat. Terdapat kemudahan infrastruktur moden, sains dan teknologi tinggi di bandar Putrajaya. Selain itu, ekologi alam sekitar di bandar itu juga dipelihara dengan sempurna. Terdapat taman, tasik dan paya di kawasan itu. Bandar Putrajaya bukan sahaja merupakan tempat pentadbiran kerajaan, tetapi juga merupakan tempat pemandangan yang indah bagi pelancong. Di tempat pameran bandar Putrajaya, wartawan menyaksikan pegawai pameran bandar Putrajaya sedang menjawab pertanyaan para pelawat tentang Malaysia.
Seri Bagawan Brunei Darussalam dikenali sebagai "Bandar Menarik" dalam Ekspo kali ini. Tiruan pedati Suldan Brunei dipamerkan di tempat pameran bandar itu. Pedati itu dibuat dengan menggunakan empat tan kayu yang berkualiti tinggi, enam tan besi waja dan sejumlah besar warna emas. Pedati itu kelihatan terang benderang, menarik perhatian ramai pelawat. Mereka mengambil foto di depan pedati itu sebagai kenang-kenangan.
Pameran Kota Singapura Singapura berwarna merah. Pegawai sedang bercakap-cakap dengan pelawat dengan menggunakan bahasa Mandarin. Pelakon Singapura yang memakai pakaian bercirikan Singapura mempersembahkan tarian Melayu dan tarian moden untuk para pelawat. Para pelawat bukan sahaja dapat menyaksikan pertunjukkan kesenian, tetapi juga mendapat cenderamata sebagai kenang-kenangan.
Ratu cantik Filipina diajak sebagai duta imej bandar Cebu, mereka juga bertugas sebagai penjelas di pameran. Jika para pelawat memohon mengambil foto bersama-sama dengan mereka, mereka bersetuju dengan gembira.
Mereka akan berasa baunya harum jika memasuki tempat pameran Chiangmai Thailand. Linlin yang wangi telah dinyalakan, pertunjukkan mengurut menarik ramai pelawat.
Pameran Siemreap Kemboja bercirikan tempatan. Persembahan tarian dan nyanyian menunjukkan ciri-ciri bangsa di negara Kemboja. Pelakon lelaki dan wanita mamakai pakaian burung merak menarik dengan diiringi muzik yang merdu. Tarian mereka berlainan dengan tarian burung merak etnik Dai di Provinsi Yunnan China.
|