Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 11:02:04    
Ekspo China-ASEAN Ke-2 Percepat Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN

CRI

Penubuhan kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah mencapai kejayaan baru dengan penganjuran Ekspo China-ASEAN Ke-2 yang telah ditutup di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China baru-baru ini. Ekspo yang diadakan pada 19 Oktober lalu telah menyediakan peluang yang amat baik kepada perusahaan kedua-dua pihak menjalankan perdagangan bebas tarif yang mulai dijalankan secara menyeluruh semenjak Ekspo China-ASEAN pertama pada bulan November lalu. Sambutan baik daripada seramai lebih 20 ribu orang wakil dari 2000 perusahaan China-ASEAN yang menyertai ekspo itu telah mencerminkan kemajuan baru penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas yang diusahakan oleh kedua-dua pihak. Tindakan membatalkan tarif 188 jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dilaksanakan oleh kerajaan China dan Thailand pada 1 Oktober 2003 dianggap sebagai langkah pertama dalam pelaksanaan "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi China-ASEAN secara Menyeluruh" dan mendorong penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

(Ong Keng-yong berucap dalam upacara perasmian)

Seorang peniaga buah-buahan Thailand yang menyertai Ekspo China-ASEAN kali ini memaklumkan kepada wartawan bahawa jumlah perdagangannya telah meningkat kepada 90 juta Yuan RMB daripada 7 juta Yuan RMB pada tahun lalu. China dan pelbagai negara anggota ASEAN telah menurunkan tarif perdagangan hasil pertanian bermula 1 Januari tahun lepas. Dimaklumkan, kedua-dua pihak akan membatalkan tarif 600 jenis hasil pertanian pada tahun 2006. Tindakan itu dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Usaha penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN mulai memasuki tahap pelaksanaan dengan kedua-dua pihak menyediakan keutamaan cukai terhadap perdagangan 7000 jenis barangan pada bulan Julai lalu. Kedua-dua pihak akan bertindak membatalkan tarif perdagangan kebanyakan barangan pada tahun 2010.

Perjanjian Perdagangan Kargo telah menyediakan syarat yang baik kepada peniaga kedua-dua pihak menjalankan perniagaan sempena Ekspo China-ASEAN kali ini. Perdagangan hasil pertanian, kelengkapan mesin, barangan elektronik dan bahan binaan dijalankan dengan amat lancar dalam ekspo tersebut.

Kerajaan dan perusahaan kedua-dua pihak juga mempunyai harapan baru terhadap Ekspo China-ASEAN Ketiga yang akan diadakan pada tahun depan, ini kerana tumpuan utama usaha penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-AEAN telah beralih kepada perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.

Kini, pelaburan dua hala, kerjasama dalam bidang teknologi serta perdagangan perkhidmatan dalam bidang kewangan, pelancongan dan pengedaran barangan antara China-ASEAN berkembang amat pesat. Pelbagai perusahaan terkenal di negara-negara ASEAN telah membuka jabatan mereka di Nanning, China untuk meneroka pasaran.

Kumpulan Pakar Bersama China-ASEAN memaklumkan bahawa pelaburan dua hala antara China dengan ASEAN akan dirancakkan berikutan risiko pasaran yang semakin berkurang pada masa ini, perkara itu juga akan menarik lebih banyak perusahaan A.S. dan Eropah melabur di pasaran Asia. Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong berkata, usaha penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan menyediakan iklim perdagangan yang lebih terbuka, bebas dan adil kepada perusahaan kedua-dua pihak.