Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-26 16:27:57    
Penularan Wabak Selesema Burung Dikawal di Hunan China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Pertanian China memaklumkan hari ini, China telah berjaya mengatasi penularan wabak Selesema Burung yang berlaku di Kaunti Xiangtan, Provinsi Hunan di bahagian tengah China dan mendapati tiada kemungkinan berlakunya penularan wabak baru.

Dimaklumkan bahawa setelah dilaporkan penularan wabak Selesema Burung di Provinsi Hunan, Kementerian Pertanian China telah menghantar dengan segera kumpulan kerja ke tempat kejadian itu untuk membantu kerajaan tempatan menjalankan kerja-kerja pencegahan dan rawatan. Kerajaan Provinsi Hunan turut melaksanakan plan kecemasan dan mengambil beberapa langkah berkesan.

Pada masa ini, penularan wabak Selesema Burung di provinsi itu telah dapat diatasi.