Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 11:03:00    
Ahli Sains 50 Negara Akan Adakan Penyelidikan Sains di Antartika dan Artik

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, beribu-ribu ahli sains dari lebih 50 buah negara akan mengadakan penyelidikan sains di Antartika dan Artik untuk menyelidik kaitan antara perubahan cuaca di kawasan kedua-dua kutub itu dengan tempat-tempat lain di dunia bermula pada Mac tahun 2007 sehingga Mac tahun 2009.

Setakat ini, Tahun Kawasan Kutub Antarabangsa 2007-2008 yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama Meteorologi Sedunia telah memastikan lebih kurang 70 buah projek pengkajian 50 buah negara.

Pegawai Majlis Sains Antarabangsa yang bertanggungjawab atas penyelidikan sains itu memaklumkan, ahli sains China merupakan peserta penting dalam aktiviti penyelidikan sains di kasawan kutub. Mereka akan mengambil bahagian dalam lebih kurang 25 buah projek pengkajian kali ini.

Ahli sains Persatuan Sains dan Teknologi China Shen Aimin pernah mengambil bahagian dalam penyelidikan sains di Antartika dan Artik. Beliau berkata, China telah menubuhkan suruhanjaya khas untuk menggalakkan para ahli sains China menyertai kegiatan Tahun Kawasan Kutub Antarabangsa itu. Kawasan kutub berkaitan erat dengan perubahan alam sekitar dan cuaca sejagat. Aktiviti menyelidik perubahan di kawasan kutub bermanfaat bagi para ahli sains mengkaji punca bencana alam seperti tsunami dan taufan yang kerap kali berlaku pada tahun-tahun kebelakangan ini. Selain itu, aktiviti tersebut juga amat berfaedah untuk menyelidik bumi, matahari dan ruangan angkasa lepas.

Difahamkan, Kapal Penyelidik "Xue Long "China akan bertolak dari Shanghai menuju ke pusat penyelidikan sains di Artik yang ditubuhkan oleh China pada tahun lalu. Ahli sains China akan mengadakan kajian tentang meteorologi, lautan, glasier dan sebagainya di sana dan bertukar-tukar pandangan dan mengongsikan maklumat mereka dengan ahli sains luar negara. Selain itu, rancangan Tahun Kawasan Kutub Antarabangsa yang dicadangkan oleh China pula meliputi penyelidikan lapisan ais di Antartika yang diadakan pada tahun ini sehingga tahun 2010.