Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 13:20:57    
Acara Belon Udara Panas Semakin Popular di China

CRI

Belon Udara Panas sebagai acara sukan diperkenalkan di China hanya pada 20 tahun lalu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, acara belon udara panas yang diminati ramai di Eropah dan A.S. juga semakin popular di China.

Pertandingan Belon Udara Panas China yang pertama diadakan di Beijing menjelang Hari Kebangsaan China. Sebanyak lebih 80 belon menyertai pertandingan tersebut. Setakat ini, pertandingan tersebut merupakan pertandingan paling besar yang telah diadaakan di China. Ketua Pengarah Persatuan Acara Menerbangkan Belon Udara Panas China, Encik Wu Gongyu memberitahu wartawan bahawa pertandingan yang diadakan dengan jayanya itu menunjukkan bahawa acara belon udara panas semakin popular di China.

Beliau menjelaskan bahawa acara belon udara panas telah diperkenalkan di China pada tahun 1983. Acara pertandingan belon udara panas ini agak lembap perkembangannya sehingga ke penghujung abad lalu kerana acara itu memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Seiring dengan perkembangan ekonomi China yang pesat, lebih ramai orang China berminat kepada acara belon udara panas. Khususnya antara tahun 2001 hingga tahun 2004. Encik Wu Gongyu berkata, "Sehingga tahun 2000, terdapat kurang daripada 100 belon udara panas di China. Orang yang terlibat dalam acara menaikkan belon pada masa itu tidak sampai 100 orang. Akan tetapi, sejak tahun 2001 hingga tahun 2004, acara belon itu telah berkembang dengan pesat, kira-kira 300 orang telah memperoleh lesen. Jumlah belon juga mencapai hampir 300 buah yakni kadar peningkatan telah mencapai 40% setahun."

Antara peminat acara belon udara panas di China kebanyakannya ialah usahawan, pekerja kolar putih, pensyarah univertisi dan kaum belia.

Salah seorang peserta pertandingan belon udara panas yang pertama ialah Encik Li Jun-seorang usahawan. Beliau menyatakan bahawa beliau minat akan acara belon udara panas sebab beliau boleh terbang di udara seolah-olah seperti burung, beliau berkata, "Saya sangat berminat menerbangkan belon udara panas kerana saya berasa seolah-olah seperti burung, saya berasa sangat gembira."

Belon udara panas tidak ada kemudahan mengawal arah. Pihak yang menerbangkan helon harus melaraskan tinggi dan arah angin melalui pengubahsuaian kawalan arah. Ini memerlukan teknik yang tersendiri. Oleh itu, ingin inggi bermain belon udara panas dengan baik, harus mempunyai pengetahunan tentang cuaca dan pengalaman penerbangan. Salah seorang peserta pertandingan tersebut Encik Zhang Shengtian-guru sekolah menengah menyatakan "Dalam keadaan tindak boleh mengawal arah, saya mengikut ketinggian dan arah angin yang berbeza untuk mengawal belon saya. Kemampuan bermain belon merupakan hasrat saya."

Seiring dengan lebih ramai orang terlibat dalam acara belon udara panas, pertandingan belon juga semakin dipertingkatkan. Kini, China mengadakan belasan pertandingan setiap tahun. Prestasi pemain belon udara panas China juga turut meningkat. Sebelum tahun 1997, peserta China yang menyertai pertandingan antarabangsa sentiasa berada dalam kedudukan 60 atau 70. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kumpulan China kerap kali memasuki kedudukan 20 teratas dalam pertandingan antarabangsa.

Wu Gongyu menjelaskan bahawa antara semua pesawat pembawa, belon udara panas adalah yang paling selamat. Oleh itu, beliau yakin, semakin ramai orang China berminat dalam acara belon udara panas.