Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 17:54:35    
Syarikat Kumpulan Minyak dan Gas Asli China Berjaya Membeli Syarikat Minyak Kazakhstan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Syarikat Kumpulan Minyak dan Gas Asli China hari ini mengumumkan, syarikat itu berjaya membeli syarikat minyak Kazakhstan—Syarikat Petro Kazakhstan.

Pada 26 September waktu tempatan, Syarikat Kumpulan Minyak dan Gas Asli China memperoleh pengesahan daripada mahkamah Provinsi Alberta Kanada untuk membeli Syarikat Petro Kazakhstan secara 100%. Ini menandakan semua prosedur perundangan pembelian Syarikat Petro Kazakhstan telah berjaya diselesaikan.

Menurut pegawai berkaitan, pengalaman yang berharga dalam bidang penggabungan dan pembelian syarikat asing telah diperoleh setelah Syarikat Kumpulan Minyak dan Gas Asli China berjaya membeli syarikat minyak Kazakhstan. Ini menandakan usaha pengantarabangsaan Syarikat Kumpulan Minyak dan Gas Asli China mencapai kemajuan.