Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 16:29:50    
China Seru Pelbagai Negara Tingkatkan Kerjasama dalam Bidang Populasi dan Pembangunan

CRI

Seminar Populasi dan Pembangunan Bantuan Antarabangsa semalam telah dirasmikan di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu di timur China. Ahli Dewan Negara China, encik Hua Jianmin dalam upacara perasmian seminar itu menyatakan, sebagai negara membangun yang jumlah penduduknya paling banyak di dunia, China sentiasa memberi perhatian untuk mengadakan kerjasama antarabangsa dalam bidang populasi dan pembangunan. Usaha itu telah mencapai keberkesanan yang nyata. Beliau juga mencadangkan pelbagai negara terus mengadakan pertukaran dan dialog dua hala dan pelbagai hala yang lebih luas dalam bidang tersebut, menggalakkan lebih banyak sumber dialihkan ke negara-negara membangun untuk mewujudkan kemakmuran bersama-sama.

Masalah populasi dan pembangunan merupakan cabaran yang dihadapi manusia bersama-sama. Pelbagai negara perlu menangani masalah itu bersama-sama. Oleh sebab itu, sejak tahun 1990-an, masyarakat antarabangsa telah mencapai banyak persepakatan mengenai kerjasama antarabangsa dalam bidang tersebut dan telah melaksanakan tindakan bantuan yang berkesan. Usaha itu berjaya mendorong pembasmian kemiskinan, kesihatan pembiakan, penyempurnaan perkhidmatan perancangan keluarga dan peningkatan taraf kesihatan umum.

Seminar tersebut akan mengenang kembali dan menilai keadaan kerjasama masyarakat antarabangsa dalam bidang populasi dan pembangunan serta cabaran yang dihadapi pada masa ini.

Dimaklumkan, pada masa ini, China telah mengadakan kerjasama dengan Tabung Populasi PBB, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan lebih 20 pertubuhan antarabangsa serta lebih 30 negara termasuk Jepun dan Kanada dalam bidang populasi dan pembangunan. Pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara tersebut telah memberi bantuan kewangan beberapa bilion dolar Amerika kepada China. Program kerjasama tersebut melibatkan kesihatan pembiakan, perancangan keluarga, perkenalan alat dan pil perancang keluarga, kesihatan wanita dan kanak-kanak serta pencegahan dan perawatan penyakit parasit.