Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-27 19:11:46    
Media Singapura: Pemimpin Jepun Ziarahi Yasukuni Jinja Bukan Urusan Dalam

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini telah menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk "Bersembahyang kepada Roh Penjenayah Perang Bukan Urusan Dalam" untuk mengutuk Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi banyak kali menziarahi Yasukuni Jinja dan menunjukkan bahawa bagi rakyat rantau Asia dan Pasifik yang pernah menyeksa pencerobohan tentera Jepun, pemimpin Jepun menziarahi Yasukuni Jinja bukan hanya urusan dalam negara itu.

Rencana pengarang tersebut menjelaskan bahawa jika pemimpin Jepun bersikap degil memperelokkan penjenayah perang, negara jirannya akan dilukai secara langsung dan pasti menentang tindakan itu. Singapura dengan ikhlas berharap pemimpin dan kalangan politik Jepun memahami perasaan rakyat Asia dan jangan terus melukai perasaan mereka.