Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-28 16:03:18    
Indonesia Tolak Kuasa Luar Sertai Kawalan Keselamatan Selat Melaka

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, " Internasional Daily News" A.S. hari ini melaporkan, Komandan Tentera Laut Indonesia Slamet Subianto selepas menyaksikan latihan tentera laut semalam menyatakan, tentera laut Indonesia menolak sebarang kuasa luar termasuk A.S. menyertai kawalan keselamatan di selat Melaka.

Beliau berkata, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand mampu bekerjasama melakukan rondaan melalui udara keselamatan di selat Melaka.

Sebelum itu, selepas pertemuan pegawai tentera Malaysia dan A.S., mereka menyatakan bahawa A.S. bersedia mengarahkan pesawat pengintip untuk mengawal keselamatan selat Melaka kerana bimbang kapal-kapal yang melalui selat itu mungkin diserang kumpulan pengganas.