Menurut berita CRI, akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini telah menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk "Perbicaraan terhadap Penjenayah Perang Tidak Boleh Dinafikan" dan berpendapat bahawa Jepun menafikan masalah penjenayah perang bukan sahaja memutarbelitkan sejarah, tetapi juga merupakan cabaran serius terhadap kehalalan Tribunal Antarabangsa Timur Jauh.
Dalam rencana pengarang tersebut dinyatakan bahawa tidak mengakui keputusan yang dijatuhkan oleh Tribunal Antarabangsa terhadap militeris Jepun sama dengan menafikan semua mekanisme politik dan keselamatan antarabangsa yang ditubuhkan dan dilaksanakan sejak Perang Dunia II berakhir.
Kerajaan Jepun merancang menafikan keputusan Tribunal Penjenayah Perang Antarabangsa. Tindakan itu bukan sahaja melibatkan urusan diplomatik lebih-lebih bukan urusan dalam negeri Jepun bahkan melibatkan prinsip penting normal antarabangsa yang dilaksanakan pada masa ini.
|