Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-31 13:24:38    
Hu Jintao Mulakan Lawatan Rasmi ke Vietnam

CRI

Menurut berita CRI, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China Hu Jintao telah tiba di Hanoi hari ini dan memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Vietnam. Dalam ucapan yang disampaikan di lapangan terbang, Hu Jintao menyatakan bahawa lawatan kali ini pasti akan mengeratkan persahabatan dan persefahaman antara rakyat China dengan rakyat Vietnam, sekali gus mendorong kerjasama yang saling menguntungkan serta pembangunan bersama antara kedua-dua negara.

Hu Jintao berkata, China dan Vietnam merupakan negara jiran yang baik dan hubungan persahabatan China-Vietnam sudah lama berakar umbi dalam hati bagi rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua pihak bersedia mengembangkan hubungan persahabatan itu berdasarkan prinsip "mewujudkan kestabilan, menghadapi masa depan, mengembangkan hubungan jiran dan mendorong kerjasama menyeluruh". Tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 penjalinan hubungan diplomatik China-Vietnam. Hu Jintao telah menyatakan harapannya agar kedua-dua negara menggunakan peluang itu dan berusaha bersama-sama untuk melonjakkan lagi hubungan China-Vietnam ke satu tahap yang lebih tinggi.