Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-31 11:22:55    
Kerajaan Akan Sediakan Pinjaman 50 Bilion Yuan untuk Projek Perlindungan Alam Sekitar China dalam Tempoh 5 Tahun akan Datang

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, dalam tempoh 5 tahun akan datang, kerajaan China akan menyediakan pinjaman untuk projek perlindungan alam sekitar China 50 bilion yuan RMB. Wartawan dimaklumkan dalam "Forum Alam Sekitar Antarabangsa Syurga Jiuzhai Pertama" yang diadakan di Provinsi Sichuan China pada 29 Oktober lalu.

Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China dan Bank Penerokaan China telah memeterai "Perjanjian Kerjasama Kewangan Penerokaan" di Provinsi Sichuan. Menteri Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China Xie Zhenhua dan Gabenor Bank Penerokaan China Chen Yuan bagi pihak masing-masing membuhuhi tandatangan pada perjanjian itu. Berdasarkan perjanjian itu, dalam tempoh 5 tahun akan datang, Bank Penerokaan China akan menyediakan pinjaman 50 bilion yuan RMB terhadap projek rancangan "5 tahun ke-11" perlindungan alam sekitar China untuk menyokong perkembangan usaha perlindungan alam sekitar China.

Dimaklumkan, mewujudkan matlamat rancangan perlindungan alam sekitar "5 tahun ke-11", China akan melaksanakan 9 projek utama perlindungan alam sekitar termasuk pelupusan sampah, air kumbahan dan lain-lain, tindakan perlindungan alam sekitar desa masyarakat kaya dan pembangunan kemampuan pengurusan alam sekitar. Jumlah peruntukan perlindungan alam sekitar China akan mencatat 1300 bilion yuan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Bank Penerokaan China sebagai agensi kewangan penerokaan secara langsung menyokong pembangunan infrastruktur, industri asas, industri teknologi tinggi dan lain-lain. Sejak Bank Penerokaan China ditubuhkan, bank itu mementingkan perkembangan usaha perlindungan alam sekitar, menggalakkan pembangunan pasaran pelaburan alam sekitar. Setakat penghujung Jun tahun ini, projek pinjaman perlindungan alam sekitar Bank Penerokaan China mencatat 202 buah dengan jumalah pinjamannya mencapai 30.4 bilion yuan.

Chen Yuan berkata, Bank Penerokaan China akan terus memberi sokongan terhadap perlindungan alam sekitar, berusaha mengkaji cara baru perkumpulan modal terhadap projek perlindungan alam sekitar, pinjaman yang lebih banyak akan disediakan kepada kawasan dan projek perlindungan alam sekitar yang utama.