Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-31 14:21:29    
Forum Tokyo 2005 Diadakan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Forum Tokyo 2005 dan Rundingan Perdagangan Teknologi Sains China-Jepun yang dianjurkan oleh Persatuan Ahli Sains China di Jepun dirasmikan di bandar Kawasaki , Jepun semalam.

Seramai 400 orang Cina dan wakil pelajar China di Jepun menyertai forum yang berlangsung 2 hari itu. Aktiviti yang diadakan dalam tempoh forum itu termasuk Forum Kerajaan Tempatan China-Jepun, Sidang Perubatan Tradisional China Antarabangsa, Pengenalan Pengalaman Usahawan dan lain-lain. Duta Besar China di Jepun Wang Yi, Datuk bandar Kawasaki Jepun dan Naib Datuk Bandar Shenyang China menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu.

Wang Yi berkata, walaupun sains tidak mempunyai tapal batas tetapi ahli sains mempunyai kewarganegaranya. Teknologi sains merupakan harta benda bersama manusia dan harus digunakan dengan baik. Beliau menyanjung tinggi sumbangan ahli sains China di Jepun untuk menyokong pembangunan sains dan teknologi China. Tambah beliau, forum itu menyediakan satu platform untuk meningkatkan kerjasama dan perhubungan perusahaan sederhana dan kecil serta rakyat China-Jepun secara menyeluruh. Beliau berharap rakyat China dan Jepun mengatasi pelbagai masalah, untuk meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Pengerusi Persatuan Ahli Sains China di Jepun Yang Kejian dalam ucapannya menyatakan, ekonomi China-Jepun boleh saling melengkapi. Pertukaran ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara berkembang dengan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Forum Tokyo menyediakan satu platform perhubungan dan kerjasama bagi kerajaan tempatan dan perusahaan China-Jepun. Persatuan itu akan terus menggalakkan pertukaran perdagangan sains dan teknologi China-Jepun.

Persatuan Ahli Sains China di Jepun merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada seramai 1300 orang ahli sains dan juru teknik China di Jepun. Persatuan itu ditubuhkan pada 1993, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan perhubungan sarjana dan pelbagai pertubuhan berkenaan China dan Jepun.