Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-10-31 15:32:52    
Chen Entao, Mahasiswa Universiti Komunikasi Shanghai Bekerja Sambilan Membantu Pelajar Miskin

Agensi Berita Xinhua China

Chen Entao, mahasiswa Universiti Komunikasi Shanghai membayar yuran pengajiannya berdasarkan pinjaman kewangan yang disediakan oleh kerajaan China dan gaji yang diperoleh daripada kerja sambilannya. Selain itu, beliau juga berjaya membantu 3 orang pelajar miskin dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

Sewaktu semester baru bermula tahun ini, Chen Entao merancang akan membantu lagi 2 orang pelajar miskin.

Chen Entao, mahasiswa tahun pertama 2003 jurusan sains botani Institut Pertanian dan Biologi Universiti Komunikasi Shanghai, berasal dari sebuah kampung di kawasan terpencil di bandar Zigong, Provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Pendapatan tahunan yang diperoleh keluarganya tidak sampai 3,000 Yuan RMB. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, Chen Entao menyelesaikan pelajarannya berdasarkan bantuan para penyumbang dan dikecualikan daripada membayar yuran sekolahnya. Pada tahun 2003, Chen Entao berjaya lulus dalam ujian Universiti Komunikasi Shanghai dan diterima sebagai mahasiswa universiti itu. Yuran pengajian universitinya sebanyak 5,000 Yuan RMB setiap tahun di bayar melalui pinjaman kewangan daripada kerajaan.

Chen Entao berkata, "Saya berasa sangat bertuah. Dalam tempoh 2 tahun lalu semasa belajar di universiti, saya mendapat pinjaman kewangan sebanyak 6,000 Yuan RMB daripada bank setiap tahun untuk membayar yuran pengajian. Dalam tempoh 2 tahun akan datang, saya akan terus memohon pinjaman kewangan. Dalam tempoh 2 tahun lalu, saya berjaya mendapat Biasiswa Negara dan Biasiswa Bantuan Zeng Xianzhi. Baru-baru ini, Universiti Komunikasi Shanghai menganugerahkan "Hadiah Teladan Berdikari 2004" kepada saya. Saya telah mendapat banyak bantuan daripada pihak sekolah dan masyarakat umum dan saya harus membalas budi itu."

Pada semester kedua tahun pertama sewaktu melanjutkan pengajian di universiti, Chen Entao mulai menyumbang wang membantu seorang murid darjah tiga sekolah rendah di Kaunti Luotian, Provinsi Hubei, bahagian tengah China. Pada tahun kedua semasa beliau belajar di universiti, Chen Entao menyumbang wang lagi membantu seorang murid darjah lima sekolah rendah di Kaunti Susong, Provinsi Anhui, bahagian tengah China dan seorang pelajar tingkatan satu sekolah menengah di Pekan Nalinxili, Kaunti Yijinhuoluo, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, bahagian utara China.

Pada setiap semester, Chen Entao menyumbang 500 Yuan membantu ketiga-tiga pelajar tersebut dan sumbangan tersebut akan diteruskan sehingga mereka menyelesaikan persekolahan.

Chen Entao berkata, beliau akan terus menyumbang wang membantu beberapa orang lagi pelajar miskin pada 2 tahun akan datang.

Kebanyakan wang yang disumbangkan oleh Chen Entao dan perbelanjaan sara hidupnya diperolehnya daripada kerja sambilan pada masa lapang. Pada tahun pertama semasa beliau belajar di universiti, Chen Entao mulai bekerja sambilan sebagai pengawas bilik bacaan perpustakaan universiti, penyapu, pengurus internet dan pembantu Pusat Hal Ehwal Mahasiswa. Selain itu, Chen Entao juga bertugas sebagai guru sambilan di rumah penduduk awam. Dengan demikian, beliau memperoleh pendapatan sebanyak lebih 1,000 Yuan RMB setiap bulan.

Semasa bekerja sambilan, adakah pengajiannya di universitinya terjejas? Chen Entao berkata, beliau biasanya bertugas sebagai guru sambilan di rumah pada hujung munggu dan kerja sambilan lain juga dilakukan pada masa lapang. Maka pengajiannya di universiti tidak terjejas.

Pada semester pertama tahun kedua semasa melanjutkan pengajian di universiti, Chen Entao berjaya menganggotai kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Naib Ketua Institut Pertanian dan Biologi dan melakukan kajian terhadap kemudahan pengeluaran yang diminatinya seperti rumah hijau.

----AZMI