Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-09 18:51:16    
Sukan Kebangsaan ke-10 China Tingkatkan Usaha Antiubat Perangsang

CRI
Masalah ubat perangsang dianggap sebagai masalah paling serius dalam pertandingan sukan, ia menjejaskan keadilan dan kesamarataan kemampuan atlet dalam pertandingan sukan. Ubat perangsang juga menjejaskan kesihatan atlet. Sukan Kebangsaan China merupakan sukan paling besar di China yang sentiasa mementingkan usaha antiubat perangsang. Pihak penganjur Sukan Kebangsaan ke-10 China telah meningkatkan usaha pemeriksaan ubat perangsang dalam temasya tersebut dan membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. 

Sukan Kebangsaan China merupakan temasya sukan paling besar di China, sehubungan dengan itu kontinjen pelbagai provinsi sangat mengutamakan temasya sukan itu. Seiring dengan masyarakat semakin memperhatikan temasya sukan itu dan pertandingan dalam temasya itu semakin sengit, keadilan pertandingan harus dipentingkan. Sukan Kebangsaan ke-10 China merupakan temasya sukan pertama yang diadakan selepas Peraturan Antiubat Perangsang Dunia dan Peraturan Antiubat Perangsang Dewan Negara China yang dikuatkuasakan dan temasya sukan tersebut juga merupakan temasya sukan paling besar yang diadakan sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008, oleh itu, usaha antiubat perangsang berkaitan erat dengan imej arena sukan China dan imej Sukan Olimpik Beijing 2008.

Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah mengambil tindakan berkesan untuk mengatasi masalah tersebut, menetapkan peraturan antiubat perangsang dan meningkatkan usaha pemeriksaan ubat perangsang dan hukuman terhadap atlet yang memakan ubat perangsang. Naib Ketua Pengarah Bahagian Pemeriksaan Ubat Perangsang Sukan Kebangsaan ke-10 China Encik Zhao Jian menjelaskan, "Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah mengambil beberapa tindakan dan meningkatkan usaha pemeriksaan ubat perangsang. Antara tindakan tersebut termasuk jumlah kes pemeriksaan meningkat 20% berbanding temasya sukan lalu, jumlah itu dijangka mencapai 1650 kes dan 181 kes pemeriksaan darah. Selain pemeriksaan terhadap atlet, kami juga memeriksa kuda yang terlibat dalam pertandingan, ini merupakan komponen pemeriksaan ubat perangsang. Sehubungan dengan itu, jumlah kes pemeriksaan ubat perangsang paling banyak dalam semua temasya sukan yang telah diadakan."

Difahamkan, Bahagian Pemeriksaan Ubat Perangsang Sukan Kebangsaan ke-10 China akan menjalankan pemeriksaan terhadap semua acara simpangan dan semua atlet berkemungkinan diminta menjalani pemeriksaan.

Jawatankuasa Sukan Olimpik China dan Suruhanjaya Sukan Kebangsaan ke-10 China mempelawa Naib Ketua Pengarah Pertubuhan Antiubat Perangsang Dunia Encik Rune Anderson sebagai pemerhati temasya tersebut. Mereka telah memeriksa 7 pusat pemeriksaan ubat perangsang termasuk acara bola tangan, badminton, menembak, gimnastik, berenang, pertandingan tenis dan lumba perahu. Selepas pemeriksaan tersebut, Encik Rune Anderson berpuas hati terhadap usaha antiubat perangsang China, beliau berkata, "Usaha antiubat perangsang dalam Sukan Kebangsaan ke-10 China diadakan di bandar Nanjing tersebut selaras dengan standard antiubat perangsang antarabangsa dan juga selaras dengan Peraturan Antiubat Perangsang Dunia."

Salah satu tujuan lawatan Rune Anderson tersebut ialah membantu dan memandu Jawatankuasa Sukan Olimpik China menjalankan usaha antiubat perangsang. Rune Anderson berharap Sukan Olimpik Beijing mencapai kejayaan paling besar dalam bidang antiubat perangsang dalam sejarah. Beliau berkata, "Kami telah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing dalam bidang antiubat perangsang. Kami akan melaksanakan penerangan tentang antiubat perangsang dan kami juga akan menghantar kumpulan penyelia bebas atas undangan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa. Selain itu, kami juga akan memberi pendapat dan pandangan tentang pemeriksaan darah kepada Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing. Kami berharap Sukan Olimpik Beijing menjadi temasya yang paling cemerlang dalam bidang antiubat perangsang."