Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-01 14:37:28    
Ulang Tahun ke-55 Perjalinan Hubungan Diplomatik China-Vietnam

Agensi Berita China

Atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nong Duc Manh dan Presiden Vietnam Tran Duc Luong, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China Hu Jintao telah tiba di Hanoi dengan menaiki kapal terbang khas semalam untuk memulakan lawatan persahabatan rasmi di Vietnam. Ini merupakan salah satu peristiwa sejarah sempena ulang tahun ke-55 perjalinan hubungan diplomatik China-Vietnam selepas perdana menteri kedua-dua negara mewujudkan kunjung-mengunjung pada tahun lalu dan Presiden Vietnam Tran Duc Luong mencapai kejayaan memuaskan dalam lawatannya ke China pada julai lalu..

China menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 18 Januari tahun 1950. Dalam tempoh perjuangan revolusi berjangka panjang, kedua-dua parti dan rakyat kedua-dua negara telah menjalin hubungan persahabatan yang mendalam. Pada penhujung tahun 1970-an, hubungan China-Vietnam mengalami kebuntuan.

Pada Oktober tahun 1991, atas undangan bekas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Jiang Zemin dan bekas Perdana Menteri Li Peng, bekas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Do Muoi dan bekas Pengerusi Dewan Menteri Vo Van Kiet mengetuai delegasi melakukan lawatan ke China. Kedua-dua pihak mengumumkan penormalan hubungan kedua-dua parti dan kedua-dua negara.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan politik kedua-dua negara terus meningkat. Pada tahun 2004, perdana menteri kedua-dua negara mewujudkan kunjung-mengunjung, dan mencapai kata sepakat tenteng beberapa masalah yang penting. Pada September tahun 2005, Hu Jintao mengemukakan cadangan 4 perkara tentang meningkatkan hubungan kerjasama dan persahabatan China-Vietnam. Itu telah memainkan peranan penting untuk mendorong pengembangan hubungan kedua-dua negara.

Seiring dengan hubungan politik kedua-dua negara berkembang lancar, China dan Vietnam telah mencapai kata sepakat: Masalah sempadan yang tinggalan sejarah China-Vietnam sedang beransur-ansur diselesaikan. Jumlah perdagangan dua hala China-Vietnam mencatat 7 bilion dolar A.S. pada tahun 2004 daripada lebih 30 juta dolar A.S. pada tahun 1991. Baru-baru ini, kedua-dua pihak sedang berusaha mewujudkan matlamat yang jumlah perdagangan dua hala melebihi 10 bilion dolar A.S. pada tahun 2010 yang ditetapkan oleh perdana menteri kedua-dua negara.