Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-01 15:00:43    
"Kadar Kehijauan" Shanghai Tingkat Pesat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Jabatan Kehijauan Shanghai China memaklumkan bahawa setakat penghujung tahun ini, kawasan kehijauan awam purata setiap orang akan meningkat 1 meter persegi berbanding tahun lalu dan mencatat 11 meter persegi dan kadar litupan kehijauan Shanghai juga akan melebihi 37%. Difahamkan, kawasan kehijauan awam purata setiap orang Shanghai telah melebihi Tokyo dan Osaka di Jepun. Ketika Ekspo Dunia Shanghai yang akan diadakan pada tahun 2010 nanti, "kadar kehijauan" orang Shanghai akan hampir sama dengan London dan Paris.

Sejak taman pertama – taman "Waitan" dibina pada tahun 1868, kini di Shanghai terdapat 141 buah taman dan 86.5% taman dibuka secara percuma.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Shanghai telah menjejaskan alam sekitar. Pada 10 tahun kebelakangan ini, lebih 2000 buah bangunan yang lebih 18 tingkat telah dibina. Sehubungan dengan itu, mutu udara Shanghai merosot dengan ketara. Menghadapi keadaan itu, Shanghai menyediakan banyak peruntukan terhadap projek kehijauan dan telah mencapai hasil yang memuaskan. Di Shanghai pada tahun 2003, udara yang bermutu baik sudah mecatat 325 hari dan meningkat 44 hari berbanding tahun 2002.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Shanghai Hu Yunhua memperkenalkan, hartanah kawasan awam di Shanghai adalah mahal sekali. Kawasan awam di pusat bandar Shanghai seperti Jalan Yan'an bernilai 3600 dolar Amerika setiap meter persegi dan kawasan kehijauan di Pudong juga bernilai lebih 2 bilion yuan RMB. Shanghai tidak mencari keuntungan secara langsung dari kawasan awam, melainkan memperuntukkan 800 juta yuan RMB untuk membina kawasan kehijauan yang bermutu tinggi. Shanghai sebagai metropolitan antarabangsa, wang tidak boleh berbanding kawasan kehijauan dan alam sekitar yang bermutu tinggi .