Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-02 12:59:47    
20% Ahli Sains yang Bersara Buat Sumbangan di Shandong

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persatuan Sains Provinsi Shandong China mengumumkan semalam bahawa antara ahli sains yang telah bersara di provinsi Shandong yang hanya terdapat 20% itu masih menyumbangkan kepandaian mereka melalui penyertaan pelbagai aktiviti, lebih 60% tidak pernah menyertai aktiviti sains. Ahli-ahli sains bersara merupakan tenaga manusia yang berpotensi besar. Mereka harus digalakkan untuk menyumbangkan semula ilmunya kepada masyarakat.

Pegawai Persatuan Sains Provinsi Shandong menyatakan, ahli sains bersara merupakan tenaga manusia yang bernilai tinggi. Kalau nilai mereka tidak dapat digunakan dengan sempurna, maka masyarakat dan orang-perseorangan akan mengalami kerugian besar. Menurut analisis, antara 641 ribu ahli sains bersara di provinsi Shandong, 47.78 % pernah menjawat jawatan tinggi dalam bidang teknologi, 81.3% kesihatannya baik dan 90% berhasrat untuk menyumbangkan semula ilmu mereka kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai syarat yang memuaskan dan harus digalakkan menyumbangkan kepandaiannya kepada masyarakat, khususnya ahli sains yang tidak cukup umur 65 tahun, mereka bersesuaian untuk bekerja semula.

Difahamkan, sekatan ahli sains bersara untuk menyertai pelbagai aktiviti termasuk: Masyarakat belum mengambil pandangan tepat terhadap mereka yang boleh bekerja semula. Dan pandangan " mengambil pos kerja orang muda" masih terwujud. Dasar dan peratuaran masih mempunyai sekatan terhadap mereka yang menyertai aktiviti seperti menulis buku. Pertubuhan ahli sains masih belum mendapat sokongan teguh dari masyarakat.

Persatuan Sains Provinsi Shandong mencadangkan, masyarakat harus menggalakkan ahli sains tua menyertai pelbagai aktiviti dan menyediakan kemudahan kepada mereka yang berhasrat menyumbangkan ilmunya kepada masyarakat.