Menurut berita CRI, kerajaan Thailand pagi tadi telah mengeluarkan kenyatakan bahawa selepas beberapa siri letupan bom berlaku di Provinsi Narathiwat, selatan Thailand malam semalam, situasi di kawasan itu telah dikawal oleh kerajaan.
Pada lebih kurang pukul 7:00 malam semalam, sebanyak 14 letupan bom yang bersasarkan kemudahan bekalan elektrik dan tempat awam berturut-turut berlaku di Provinsi Narathiwat. Peristiwa itu telah mengakibatkan bekalan elektrik terputus beberapa jam di sebahagian besar kawasan provinsi itu.
Kerajaan Thailand memaklumkan bahawa kini pasukan kawalan keselamatan tempatan telah mulai mengesan penyerang yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Berdasarkan maklumat pihak tentera di bahagian selatan Thailand, seramai tiga orang suspek telah ditahan.
|