Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-03 12:22:33    
Xiamen: Bandar Tamadun China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, baru-baru ini, Xiamen telah dipilih sebagai merupakan "Bandar Tamadun China". Datuk Bandar Zhang Changping membertahu wartawan, kehormatan bandar Xiamen tersebut merupakan kegiatan semua penduduk bandar.

Bandar tamadun bererti penduduk bersusila. Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xiamen Parti Komunis China Wu Fengzhang berpendapat, cara yang paling baik memanfestasikan tamadun bandar ialah "kesusilaan penduduk bandar". Pada November 2003, bandar Xiamen memutuskan kesusilaan penduduk merupakan faktor utama untuk menubuhkan bandar tamadun semasa kerajaan menetapkan matlamat yang bandar Xiamen hendak dijadikan bandar tamadun kumpulan pertama di China.

Penduduk bandar Xiamen sangat memperhatikan tindakan penubuhan bandar tamadun di China. Kadar sokongan penduduk terhadap matlamat penubuhan Xiamen sebagai bandar tamadun mencapai 95%. Cadangan yang dikemukakan oleh penduduk kepada kerajaan menerusi talian telefon datuk bandar tahun ini. Banyak cadangan baik telah diterima oleh kerajaan.

Bandar Xiamen berusaha menyediakan alam sekitar politik, sistem perundangan, masyarakat harmoni, kehidupan dan ekologi yang baik, dan telah dianugerah banyak kehormatan termasuk "Bandar Kesihatan China", "Bandar Teladan Perlindungan Alam Sekitar China", "Bandar Destinasi Pelancongan Terbaik China" dan "Bandar Taman Antarabangsa". Dalam setiap proses penubuhan, penduduk bandar pun menerima sekali latihan tamadun. Ini telah meningkatkan kualiti penduduk Xiamen.

Penduduk merupakan faktor utama bagi sesebuah bandar, juga merupakan pencipta keindahan bandar. Disebabkan bandar Xiamen seolah-olah sebuah keluarga bersar bagi penduduk bandar, maka penduduknya dapat hidup dengan bahagia dan riang gembira.