Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-03 14:41:30    
Tianjin: Bandar Model Perlindungan Alam Sekitar di China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kumpulan Pemeriksaan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Model China mengumumkan, bandar Tianjin, Bandar Di Bawah Pentadbiran Kerajaan Pusat China yang pertama kali dianugrahkan bandar model perlindungan alam sekitar di China.

Tianjin telah dijadikan bandar model perlindungan alam sekitar di China dan menjalankan aktiviti-aktiviti perlindungan alam sekitar secara besar-besaran pada tahun 2002. Bandar Tianjin menyeru masyarakat pelbagai lapisan meningkatkan usaha perlindungan alam sekitar untuk mewujud pertumbuhan ekonomi semasa mengurangkan penggunaan tenaga dan pencemaran alam sekitar.

Kumpulan Pemeriksaan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Model China menjalankan pelbagai peperiksaan terhadap kerja perlindungan alam sekitar di Tianjin seperti kumbahan air, pelepusan sampah, pembinaan kawasan kehijauan dan lain-lain. Kumpulan itu juga menjalankan pungutan suara tentang perlindungan alam sekitar di Tianjin. Keputusan itu menjelaskan, 90% penduduk Tianjin berpuas hati terhadap usaha pelindungan alam sekitar yang dijalankan oleh kerajaan Tianjin dan keadaan alam sekitar Tianjin pada masa sekarang.

Tianjin telah mewujudkan matlamatnya selama 3 tahun untuk menjadikan bandar model China dalam bidang perlindungan alam sekitar. Pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar dapat dijalankan selaras di Tianjin . Kesedaran penduduk Tianjin tentang melindungi alam sekitar juga meningkat dengan ketara.

Ketua Kumpulan Pemeriksaan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Model China , yang juga Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China Zhang Lijun menyatakan, sebagai bandar model perlindungan alam sekitar China, kejayaan Tianjin akan menggalakkan usaha menlindungi alam sekitar di seluruh China dan memainkan peranan aktif untuk menjamin masyarakat China berkembang secara harmoni dan berterusan.