Menurut berita Kementerian Perdagangan China, Akhbar Harian Dunia melaporkan Sidang Kemuncak Kerjasama Strategi Rangka Ekonomi Negara-negara di Kawasan Perairan Sungai Mekong ke-2 diadakan di Thailand baru-baru ini. Sidang tersebut dianjurkan oleh kerajaan Thailand, wakil dari Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Laos menyertai sidang tersebut. Menteri Luar Thailand Kantathi menyatakan bahawa selepas sidang tersebut, kerjasama ekonomi antara pelbagai negara di kawasan perairan sungai Mekong akan memasuki fasa pragmatik. Thailand akan berdasarkan rangka tersebut membatalkan tarif barangan pertanian yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut dan memperluas kalangan keutamaan barangan pertanian dari 8 jenis kepada 10 jenis. Selain itu, dalam sidang tersebut para peserta juga membincangkan isu tentang bagaimana negara anggota memudahkan tatacara kastam.
|