Menurut Agensi Berita Xinhua China, Simposium Pelaburan Pelancongan China Pertama telah ditutup di Ningbo semalam, sebuah bandar di timur China. Dalam simposium selama tiga hari itu, kontrak bernilai 16 bilion Yuan RMB telah ditandatangani.
Simposium tersebut dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China dan kerajaan Bandar Ningbo. Simposium itu merupakan pameran pelancongan peringkat kebangsaan China selain Pameran Perdagangan Pelancongan Antarabangsa China dan Pemeran Perdagangan Pelancongan Dalam Negeri China. Seramai lebih 10 ribu orang pedagang asing dan dalam negara telah menyertai simposium itu.
|