Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-07 13:47:29    
Huang Zhaosong, Pengurus Besar Kumpulan "China Times" Taiwan China

Agensi Berita Xinhua China

Pada pukul 8 setiap pagi, beliau membaca khabar harian agar mengetahui berita yang berlaku sebelum pukul 12 malam, seterusnya beliau memanfaatkan masa 15 minit membaca berita terkini melalui internet; pada pukul 5 hingga 6 petang, beliau membaca lagi berita melalui internet agar mendapat maklumat terkini untuk dijadikan rujukan bahan khabar terbitan petang; setelah kerjanya selesai, beliau mendengar siaran radio semasa memandu kereta, kemudian menonton berita melalui siaran TV selama 20 minit sebelum tidur. Selain itu beliau juga membaca beberapa rencana surat khabar yang agak mendalam huraiannya.

Demikian Huang Zhaosong, Pengurus Besar Kumpulan "China Times" Taiwan China memaklumkan bagaiamana beliau mendapat maklumat tentang perkembangan yang berlaku di pelbagai tempat ketika diwawancara wartawan Agensi Berita China dalam Forum Media Bahasa Mandarin Sedunia ke-3.

Huang Zhaosong berkata, setelah bertugas dalam bidang media massa selama lebih 30 tahun, beliau tetap memilih saluran biasa mendapat berita terkini.

Antara pelbagai saluran penyiaran berita, maklumat melalui internet paling cepat, selepas itu, radio, TV dan khabar harian, selain itu, majalah mementingkan analisis dan laporan yang agak mendalam huraianya. Bagaimanapun, Huang Zhaosong berkata, pada masa ini, hubungan antara pelbagai media sudah semakin erat.

Di Taiwan, khabar harian tidak menerbitkan berita yang sudah dilaporkan melalui TV dan radio dan hanya mementingakn laporan yang agak mendalam huraiannya terhadap suatu perkara. Gaya penulisannya sudah mendekati majalah mingguan; Manakala berita yang disiarkan melalui TV selama 24 jam hampir secepat berita radio.

Huang Zhaosong berkata, "pada masa ini, rakyat biasa berdasarkan keperluan dan faktor masa memilih saluran media. Bagi pihak media, siapa dapat memperoleh maklumat pada masa yang paling cepat, orang itu akan memenangi persaingan tersebut."

Tambah beliau, pada tahun 2000, jumlah keseluruhan pendapatan iklan di Taiwan dalam sepanjang tahun mencapai 90 bilion dolar Taiwan dan dikuasai oleh 3 surat khabar dan 4 stesen TV. Pada tahun 2003 dan tahun 2004, jumlah tersebut berkurangan ke 60 bilion dolar Taiwan, tetapi terdapat lebih banyak lagi media baru memperoleh pendapatan melalui iklan tersebut. Maka persaingan menjadi semakin sengit.

Berdasarkan keadaan tersebut, "China Times" mengurangkan jumlah stafnya daripada 3,700 orang pada tahun 2000 kepada 2,000 orang pada tahun ini. Emulumen stafnya setiap tahun turut dikurangkan daripada 2.6 bilion dolar Taiwan kepada 1.5 bilion dolar Taiwan. Tetapi "China Times" tetap sukar beroperasi disebabkan pendapatan iklannya semakin berkurangan.

Sungguh pun demikian "China Times" tetap berkembang daripada kumpulan surat khabar kepada kumpulan media pelbagai bidang dan melakukan pelbagai urus niaga lain termasuk menyelenggarakan stesen TV kabel, menubuhkan syarikat pelancongan, membuka syarikat pameran dan persembahan kesenian dan lain-lain.

Pada Jun tahun ini, Kumpulan "China Times" dan "Harian Makao" bersama-sama menganjurkan pameran buah-buahan Taiwan di Makau, China.

Pada tahun 2004, Kumpulan "China Times" berdasarkan urus niaga TV dan pamerannya memperoleh pendapatan sebanyak lebih 40 juta Yuan RMB dan jumlah itu dijangka meningkat 100 juta Yuan RMB tahun ini.

Huang Zhaosong menjelaskan, pada masa depan, media massa bahasa Mandarin di Tanah Besar China juga akan berkembang ke arah kumpulan besar dan mengutamakan urus niaga pelbagai bidang.

----AZMI